Syarikat penerbangan UAE kendalikan 28 penerbangan seminggu ke Malaysia

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia telah menetapkan model kerjasama strategik dalam sektor penerbangan dan pelancongan, dengan peningkatan dalam bilangan penerbangan dan pertumbuhan stabil aliran pelawat.


Syarikat penerbangan UAE telah meningkatkan penerbangan ke Malaysia seiring dengan kepesatan peningkatan momentum perkongsian strategik bersama antara kedua-dua negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GCAA) memberitahu Agensi Berita Emirates (WAM) bahawa syarikat penerbangan UAE -- Etihad Airways, Emirates dan Air Arabia -- masing-masing mengendalikan 112 penerbangan bulanan atau 28 penerbangan mingguan dari Abu Dhabi, Dubai dan Sharjah ke Kuala Lumpur.

Etihad Airways memulakan penerbangan ke Kuala Lumpur pada 2007 dan sejak itu telah mengendalikan lebih 2.7 juta penumpang.

Pada 2019, Etihad Airways menandatangani kerjasama dengan Tourism Malaysia untuk menarik pengunjung dari Eropah dan Timur Tengah ke Malaysia melalui hab syarikat penerbangan itu, Abu Dhabi.

Emirates memulakan perkhidmatan dari Dubai ke Kuala Lumpur pada tahun 1995. Syarikat penerbangan itu menawarkan perkhidmatan perjalanan dari Malaysia melalui rangkaian globalnya di lebih 140 destinasi.

Syarikat itu turut mengumumkan akan menambah penerbangan mingguan ke Malaysia kepada 21 dari awal Jun hingga Julai.

Sementara itu, Air Arabia menganggap penerbangan ke Malaysia sebagai langkah penting dalam rancangan syarikat berkenaan untuk memperluas kehadirannya dalam pasaran pelancongan Asia dan menyediakan pelanggan dengan pilihan perjalanan ke destinasi antarabangsa, termasuk Kuala Lumpur.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
SUV off-road olskool itu masih lagi menampilkan penggayaan yang retro, namun disulami dengan…
Berita Global
Angka tersebut berjaya dilelong pada harga 55 juta dirham UAE (RM66.15 juta) pada acara yang…
Berita Global
Lamborghini Veneno yang anda lihat ini merupakan unit roadster nombor dua daripada hanya sembilan…