Syarikat penerbangan patut turun harga tiket - Menteri

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata syarikat penerbangan awam perlu menurunkan harga tiket seperti harga sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana kerajaan telah membenarkan operasi diteruskan seperti biasa tanpa had maksimum penumpang.

Menurut Menteri tersebut lagi, beliau telah meminta Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) untuk berbincang dengan pihak syarikat penerbangan berkaitan isu ini.

"Pada awalnya memang kami faham kenapa harga tiket tinggi kerana ketika PKP, penjarakan sosial menyebabkan kapasiti maksimum penumpang di dalam pesawat hanyalah 66 peratus sahaja.

Sekarang tidak ada lagi sekatan jumlah penumpang, jadi harga perlu turun kepada paras normal," ujarnya kepada media.

Ismail juga berkata penurunan harga perlu diberi fokus kepada golongan pendidik dan pelajar-pelajar yang akan kembali ke pusat pengajian dan sekolah mereka.

"Mavcom mungkin boleh berbincang dengan industri untuk memberikan harga istimewa bagi pelajar dan pendidik universiti dan sekolah dari Sabah dan Sarawak atau dari Semenanjung yang mahu ke sana," terangnya.

Berita Berkenaan

Informasi
  Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GCAA) memberitahu Agensi Berita Emirates (WAM) bahawa syarikat…
Berita Global
Menurut laporan, rombakan pakaian seragam itu disifatkan oleh British Airways sebagai yang pertama…
Berita Domestik
Penerbangan yang bermula Isnin dijangka akan meningkatkan lagi kemasukan pelancong dari negara itu…