Syarikat Penerbangan Pakistan minta dunia jangan risau

oleh HEZERI SAMSURI|
Kes di mana ratusan juruterbang di seluruh Pakistan digantung tugas mereka kerana disyaki mendapatkan lesen penerbangan secara haram memang menggemparkan dunia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jumaat lalu, Menteri Penerbangan Pakistan, Ghulan Sarwar Khan meminta 262 orang juruterbang dari pelbagai syarikat penerbangan, kelab penerbangan dan syarikat sewa kapal terbang di Pakistan diharamkan dari melakukan sebarang penerbangan sehingga kes siasatan ke atas kelulusan mereka selesai.

Akibat dari itu, syarikat penerbangan nasional Pakistan, PIA telah menggantung 141 orang juruterbang dari melakukan sebarang penerbangan sehingga kes itu selesai.

PIA juga menghantar surat rasmi ke semua konsulat Pakistan di seluruh dunia untuk meminta kerajaan negara-negara luar agar jangan runsing kerana syarikat itu telah "membekukan" juruterbang-juruterbang dengan lesen yang mencurigakan.

PIA beroperasi di pelbagai destinasi dunia termasuk ke US, Britain dan Eropah.

Surat yang ditanda-tangani oleh Ketua Eksekutif PIA, Arshad Malik berjanji hanya juruterbang dengan lesen yang disahkan oleh kerajaan Pakistan sahaja yang dibenarkan untuk terbang sekarang.

* Laporan berdasarkan artikel dari Malay Mail

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan CNN, kereta api Pakistan Railway yang membawa 950 orang penumpang itu berlepas dari…
Berita Global
Ini bermakna dalam tempoh sehingga penghujung Mei, jumlah jualan adalah sebanyak 174 peratus…
Berita Global
Sama seperti apa yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia, Proton Saga R3 Limited Edition didatangkan…