Syarikat pemula Perancis tawar solusi ubati kebimbangan jarak operasi EV - trailer bateri!

oleh Mohamad Hanif|
Masalah kebimbangan terhadap jarak operasi (bahasa pendeknya: range anxiety) memang tidak dapat dinafikan terutama di kalangan para pemilik kenderaan elektrik, termasuklah bos besar kami.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apatah lagi di Malaysia masih lagi kekurangan fasiliti pengecasan di lokasi-lokasi strategik bagi memudahkan urusan perjalanan jarak jauh. 

Nun jauh di Perancis, sebuah syarikat pemula mencadangkan satu idea yang radikal untuk menyelesaikan masalah 'range anxiety' ini - tunda sendiri bateri EV anda.

Syarikat EP Tender percaya, idea membawa sendiri trailer bateri EV di belakang bakal menyelesaikan masalah yang sering kali menghantui para pemilik EV. 
 


Solusi EP Tender cukup mudah, pemilik EV hanya perlu menyewa set trailer bateri 60 kWh tersebut pada harga €34 (RM156) dan set tersebut boleh didapati di beberapa fasiliti yang akan disediakan kelak. 

Malah, menurut EP Tender, jarak operasi yang ditawarkan sememangnya mencukupi untuk pemilik menukar set trailer bateri di lokasi seterusnya. 

Pada awalnya, EP Tender mahu menggunakan enjin pembakaran dalaman di dalam trailer tersebut, namun dengan kejatuhan kos bateri membuatkan syarikat tersebut beralih kepada penggunaan bateri. 

Apa yang menariknya, kesemua trailer tersebut boleh dihubungkan kepada sistem grid nasional apabila tidak digunakan pada waktu puncak. 

EP Tender merancang untuk menyediakan kira-kira 4,150 unit trailer, setiap satunya bernilai €10,000 (RM46,164) dan 60,000 orang pengguna menjelang tahun 2024, iaitu tahun pertama mereka menikmati profit. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…