Namun bagi mereka yang merasakan projek tersebut renyah dan menyusahkan, sebuah syarikat pemula EV dari Britain, Maeving kini tampil dengan motosikal rekaan retro yang dilengkapi trenkuasa elektrik, dinamakan sebagai Maeving RM1.
Dari segi rekaan, ia membawakan unit lampu utama berbentuk bulat, rekaan rangka yang terdedah, serta binaan bateri yang boleh ditanggalkan.
Satu bateri dengan cas penuh membenarkan tunggangan sejauh 64 km dan pembeli diberikan opsyen untuk membawa dua unit bateri pada satu-satu masa untuk jarak yang lebih jauh (129 km).
Pek bateri ini boleh dicas penuh menerusi mana-mana soket dinding untuk tempoh 3.5 jam.
Maeving RM1 boleh mencapai kelajuan tertinggi 72 km/j menjadikannya lebih sesuai digunakan untuk tunggangan jarak dekat, atau di dalam bandar sahaja.
Harga jualan Maeving RM1 bukanlah bermula dari RM1, tetapi £4,995 (RM27,807), sementara pek bateri tambahan boleh didapati pada harga diskaun £995 (RM5,539) sekiranya pembelian dibuat bersama-sama dengan RM1.
Harus diingat, slot produksi untuk 2021 telah pun dipenuhi, dan anda perlu menunggu untuk slot produksi tahun depan.