Syarikat lori perlu sedia khidmat pemandu kedua - JPJ

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

gambar hiasan, sumber: SabahKini

Baru-baru ini, seorang rakan penulis mengalami kemalangan akibat dilanggar oleh pemandu lori muatan. 

Puncanya satu sahaja, pemandu lori tersebut terlalu mengantuk untuk memandu. 

Mujurlah rakan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan teruk, namun bila melihat kepada kenderaan beliau, tidak senang hati juga memandangkan musim perayaan bakal menjelang tidak lama lagi. 

Faktor mengantuk adalah antara punca utama yang menyebabkan insiden buruk dan ngeri berlaku di negara kita, dan bagi pemandu lori yang terpaksa memandu jauh, berhenti rehat di tepi jalan adalah alternatif yang ada. 

Ada juga di antara pemandu lori yang meletakkan kenderaan mereka di lorong kecemasan untuk berhenti rehat, dan ini akan mengundang kecelakaan apabila kenderaan lain tidak perasan kehadiran mereka. 
 


Hal ini disuarakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Shaharuddin Khalid dan beliau nampaknya tidak menyukai alasan tersebut. 

Menurut beliau, syarikat yang tidak menyediakan pemandu tambahan melanggar peraturan 10B Undang-undang Lalulintas 1959 yang menyebut kenderaan perdagangan yang membawa barangan atau pengangkutan awam perlulah menyediakan khidmat pemandu kedua. 

"Mengikut peraturan tersebut, syarikat perlulah menyediakan pemandu kedua untuk kenderaan yang dipandu melebihi tempoh empat jam terus atau jarak melebihi 300 km," ujar beliau lagi.

Kedua-dua pemandu tersebut hendaklah tidak memandu melebihi tempoh lapan jam dalam masa 24 jam, selain perlu merekodkan aktiviti pemanduan dan pertukaran pemandu mereka di dalam buku log. 
 


Menurut Datuk Shaharuddin lagi, pihak JPJ, PDRM dan penguatkuasa lebuhraya giat menjalankan operasi di laluan tersebut namun masalah yang sama masih timbul.

"Kebanyakan syarikat enggan membayar lebih bagi menyediakan pemandu kedua dan apa yang mereka mahukan hanyalah barangan tersebut sampai ke destinasi mengikut masa yang ditetapkan.

Beliau turut memberikan amaran bahawa JPJ akan mengambil tindakan tegas bagi menghentikan masalah ini. 

Sumber: NST

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Operasi tersebut yang menyasarkan bas ekspres telah berlangsung selama enam jam bermula kira-…