Syarikat Korea menang kontrak bekal 18 FA-50 untuk TUDM

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Syarikat aeroangkasa Korea, Korea Aerospace Industries (KAI) telah memperoleh kontrak program FLIT/LCA bagi membekalkan 18 buah pesawat FA-50 bagi menggantikan pesawat MiG-29 dan Hawk 108/208 milik TUDM.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan Bernama, KAI dijangka akan menghantar pesawat tempur ringan FA-50 bermula tahun 2026 selepas menandatangani perjanjian dengan Kementerian Pertahanan Malaysia bernilai 1.2 trillion won (RM4.1 bilion), sekaligus mengenepikan penawaran jet Tejas (India), JF-17 (Pakistan), Hurizet (Turki) dan MIG-35 (Rusia).  

Malaysia merupakan negara Asia Tenggara yang keempat memperoleh pesawat daripada Korea Selatan selepas Indonesia, Filipina dan Thailand.

Dengan perjanjian terbaharu ini, KAI telah mengeksport kira-kira 68 pesawat KT-1, T-50 serta pesawat FA-50 ke pasaran Asia Tenggara.

Di peringkat global, KAI memperoleh tawaran untuk membekalkan 222 pesawat kepada negara seperti Iraq, Poland, Peru dan Senegal.

Syarikat itu juga berhasrat untuk meluaskan pasaran eksport mereka ke pasaran Timur Tengah, Afrika, Australia, serta pasaran Amerika Syarikat.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kementerian sudah mohon daripada kerajaan untuk mempunyai Flit dan itu memang jadi keutamaan.…
Berita Domestik
  Malah, beliau berkata, pembelian pesawat MD530G dirancang ketika pencerobohan Lahad Datu selepas…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada EurAsian, pengarah Perkhidmatan Persekutuan untuk Kerjasama Teknikal…