Syarikat jet peribadi dakwa Carlos Ghosn guna 'orang dalam', daftar dua nama palsu

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu perkembangan terbaharu, sebuah syarikat penyedia jet peribadi dari Turki mendakwa terdapat penglibatan salah seorang daripada pekerjanya dalam membantu Carlos Ghosn - bekas bos Nissan - lari dari Jepun.

Firma jet peribadi MNG tersebut menyatakan terdapat bukti rekod yang dipalsukan untuk dua penerbangan yang dinaiki oleh Carlos Ghosn dan kedua-duanya didaftarkan atas nama yang berbeza. 

Sebelum ini, terdapat beberapa laporan yang mendakwa Ghosn berjaya melarikan diri dengan bersembunyi di dalam sebuah kotak peralatan muzik.

Namun, keadaan sebaliknya berlaku apabila saluran TV Jepun NHK melaporkan terdapat video rakaman yang membuktikan Ghosn keluar dari rumahnya berseorangan pada tengah hari Ahad. 

Namun, berita tersebut menimbulkan pertanyaan sama ada CCTV yang dipasang di rumah Ghosn itu dipantau secara terus-menerus ataupun tidak. 

Ghosn berjaya melarikan diri dari Jepun menggunakan dua penerbangan yang berbeza, iaitu dari Osaka ke Istanbul, Turki sebelum meneruskan perjalanan ke Beirut, Lubnan. 

Difahamkan, kerajaan Jepun sendiri tidak mempunyai sebarang rekod imigresen yang mengesahkan beliau sebenarnya sudah pun keluar dari negara yang 'kejam' itu. 

 


Setelah umum mengetahui Ghosn berjaya 'mendarat' di Turki, tujuh individu telah ditahan termasuklah empat juruterbang, seorang pengurus syarikat kargo, dan dua pekerja lapangan terbang. 

Kes Ghosn turut mendapat perhatian daripada Interpol sehinggakan pihak Interpol terpaksa mengeluarkan notis merah kepada Lubnan. 

Notis merah merupakan surat kebenaran kepada polis di seluruh dunia untuk menahan individu yang masih belum diekstradisi atau menyerah diri. 

Pihak berkuasa Lubnan dalam satu kenyataan mengatakan Ghosn memasuki Beirut menggunakan passport Perancis, walaupun terdapat laporan sebelum ini menyebut bahawa tiga passport beliau (Perancis, Brazil dan Jepun) sebenarnya masih lagi dipegang oleh peguam belanya. 

Namun, NHK dalam satu laporan lain Khamis lalu menyebut bahawa Ghosn sebenarnya mempunyai passport pendua yang dikeluarkan oleh kerajaan Perancis.

Sumber: BBC

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan yang difailkan di Mahkamah Daerah Yokohama, Kanagawa, Jepun itu mencadangkan jumlah awal…
Berita Global
Malah, kisah menjadi semakin menarik apabila Ghosn berjaya melepaskan diri dari tahanan di Jepun…
Berita Global
Menurut satu sumber kehakiman yang rapat kepada Ghosn, Reuters melaporkan bahawa Jepun telah…