Syarikat Jepun tawar modifikasi Jimny 'lowered'

oleh Mohamad Hanif|
Modifikasi berorientasikan off-road sudah menjadi satu kebiasaan untuk para pemilik Jimny.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun, bagaimana pula jika anda mahukan ubahsuai yang langsung melanggar hukum tabii Jimny?
 

Jimny


Syarikat penala dari Osaka, ESB kini menawarkan pakej modifikasi yang boleh membuatkan Suzuki Jimny anda lebih rendah daripada kebiasaan.

Pakej yang digelar sebagai LST tersebut merangkumi bampar depan sporti, penambahan pada jeriji yang membuatkan Jimny lebih garang, rim aloi CLS TC01 bersaiz 16 inci dengan tayar 195/60R16, penambahan fender lebar, spoiler ekor itik, dan peredam ekzos.

Menjadikan Jimny ini nampak lebih rendah adalah penggunaan spring yang mampu menurunkan ketinggian jarak lega tanah sebanyak 40 hingga 90 mm.
 

Jimnty


Jika anda mahukan Jimny yang lebih tinggi, dapatkan sahaja pakej LST-Up yang membawakan modifikasi yang serupa, kecuali sistem suspensi dengan kit angkat yang meninggikan jarak lega tanah sebanyak 76 mm, serta tayar Maxxis bersaiz 245/70R16 yang lebih sesuai untuk habitat asal Jimny.

Tiada sebarang info berkenaan talaan kepada trenkuasa asal, ini bermakna Jimny masih lagi kekal dengan penawaran enjin tiga silinder sebaris 658 cc (63 hp) atau enjin 1.5 liter (101 hp).
 

Jimny


Kos untuk mengubahsuai Jimny ini bermula dari ¥596,000 (RM19,754) untuk pakej LST, sementara pakej LST-Up pula bermula dari  ¥392,000 (RM12,998) TIDAK termasuk dengan pakej suspensi tinggi yang disebutkan tadi.