Syarikat Jepun pernah tampil dengan 5 model konsep EV 50 tahun yang lalu

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, lima puluh tahun yang lepas lima syarikat automotif Jepun sebenarnya pernah menghasilkan lima buah model konsep kenderaan elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Inisiatif ‘sifar emisi’ tersebut dimulakan oleh Agensi Sains dan Teknologi Industri (sebahagian daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Jepun) pada tahun 1971 dengan bajet bernilai ¥5 juta untuk tempoh lima tahun.

Berikut merupakan senarai kenderaan elektrik yang muncul di acara Tokyo Motor Show tahun 1973:
 

Daihatsu EV1

daihatsu


-kereta kompak (kei car) berkuasa elektrik, berat 912 kg
-pacuan roda belakang
-dua motor elektrik 45V 5.6 kW (7.5 hp) – satu untuk setiap roda
-empat bateri asid-plumbum 96V yang diletakkan pada bahagian belakang
-kelajuan maksimum 80 km/j
-jarak gerak 130-150 km
 

Toyota EV2

toyota


-kereta kompak untuk kegunaan bandar
-16 bateri asid-plumbum 192V yang disusun di bawah lantai
-motor elektrik tunggal, pacuan roda belakang
-transmisi automatik tiga nisbah kelajuan
-dikawal oleh sistem termaju yang menggunakan kombinasi penderia kelajuan, sudut pendikit, arus motor elektrik untuk mengawal kelajuan dan pecutan
-dengan badan FRP, EV ini mempunyai berat 1,375 kg
-kelajuan tertinggi 94 km/j
-pecutan 0-30 dalam masa 3 saat
-jarak gerak 180-200 km
 

Mazda EV3

mazda


-trak tugas ringan, diinspirasikan daripada model klasik Mazda Porter Cab
-lapan bateri asid-plumbum 96V yang diletakkan di bawah bed belakang
-motor elektrik 90V 11 kW (14.8 hp)
-binaan badan FRP, berat badan sekitar 780 kg
-had muatan 200 kg
-kelajuan tertinggi 70 km/j
-jarak gerak 130-150 km (dengan kelajuan malar 40 km/j)

Nissan EV4

Nisasn


-trak pikap yang bersaiz lebih besar
-had muatan 1,000 kg
-20 unit bateri asid-plumbum 120V yang diposisikan di bawah badan
-motor elektrik 120V 27 kW (36.2 hp)
-pacuan roda belakang
-jarak gerak 180-200 km (dengan kelajuan malar 40 km/j)

 

Mitsubishi EV5

mit


-bas penumpang dengan muatan 70 orang
-72 bateri asid-plumbum 432V
-motor elektrik 375V 75 kW (100 hp)
-binaan badan monocoque aluminium plastik
-berat badan 9,900 kg
-kelajuan tertinggi 60 km/j
-jarak gerak 230-250 km

Sumber: JNC

Berita Berkenaan

Berita Global
Adakah ianya lebih moden, futuristik dan memudahkan kehidupan seharian seperti apa yang digambarkan…
Berita Global
Subaru WRX STi EJ20 Final Edition menggunakan model WRX STI Type S edisi khas untuk pasaran Jepun…
Berita Global
Menurut Mitsubishi, model terbaharu ini merupakan sebuah prototaip yang sudah pun bersedia untuk…