Syarikat Jepun, NEC menguji prototaip kereta terbang VTOL

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala di Malaysia kebanyakan masih meragui projek kereta terbang yang dicanang-canangkan, sebuah syarikat Jepun berjaya memperlihatkan prototaip sebuah kereta terbang (VTOL - Vertical Take-Off and Landing).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kereta terbang" yang diuji di pinggir bandar Tokyo itu mampu terbang setinggi tiga meter dan dikelilingi oleh sangkar yang besar sebagai langkah keselamatan. 

Idea kepada projek NEC ini sebenarnya hadir daripada inisiatif kerajaan Jepun itu sendiri yang mahukan syarikat-syarikat teknologi hadir dengan sebuah kenderaan terbang dan berkeupayaan untuk terbang sendiri.

Menurut wakil kerajaan Jepun, Fumiaki Ebihara, ini merupakan sektor terbaharu dan Jepun mempunyai masa depan yang cerah untuk bersaing dengan negara-negara lain. 

 


Malah, Kouji Okada, salah seorang pemimpn di dalam NEC memberitahu Bloomberg berkata, "Jepun merupakan negara yang padat dengan pembangunan, dan ini bermakna penggunaan kereta terbang mampu mengurangkan kadar kesesakan trafik jalan raya.

"Kami bukan sahaja ingin menjadi penyedia mobiliti udara, malah kami mahu menyumbangkan data lokasi dan membina infrastruktur komunikasi yang mampu menyokong industri kereta terbang pada masa akan datang.

Apa yang pasti, NEC dan Jepun khususnya bukanlah negara baharu yang bakal memperkenalkan sistem kereta terbang mereka. 

Sebelum ini pasukan Dubai Police turut menguji penggunaan hoverbike dan Uber sendiri sedang berusaha untuk menceburkan diri di dalam bidang ini di beberapa bandar besar dunia. 
 


Malaysia sendiri sudah pun mempunyai projek kereta terbang tersendiri dan menurut Menteri Pembangunan Usahawan, ia bakal diuji secara ekstensif di Cyberjaya. 

Untuk pengetahuan, projek kereta terbang negara kini sudah pun mencapai tahap 75% bersedia untuk dilancarkan menurut laporan daripada akhbar utama negara. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan merupakan perintis kenderaan elektrik (EV) dengan Leaf berkuasa bateri, tetapi telah diatasi…
Berita Global
Jurutera syarikat Mitsubishi Logisnext berkata, beliau menerima banyak pertanyaan mengenai forklift…
Berita Global
Motosikal khusus untuk latihan lesen itu akan dikenali sebagai NX400L, di mana ianya bakal…