Syarikat Jepun hasilkan trailer camper minimalis bergaya, boleh diubah jadi bilik luar rumah

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada beberapa jenis trailer camper yang pernah kami siarkan sebelum ini, anda sudah pasti pernah melihat beberapa contoh trailer perkhemahan yang ada di luar sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Meskipun sarat dengan bermacam jenis susun atur dan kemudahan, rata-ratanya mempunyai rekaan yang sungguh membosankan.
 

mio


Untuk menjadikan aktiviti luar rumah yang lebih menyenangkan mata memandang, sebuah syarikat Jepun Kwork telah bekerjasama dengan syarikat barangan rumah Jepun Lixil untuk menghasilkan sebuah trailer yang sangat bergaya dan minimalis dalam masa yang sama.

Apa yang pasti, rekaan trailer kotak berpetak yang dibawakan pada trailer Mio Space ini sangat menekankan ruang dalaman yang luas, diikuti dengan penggunaan panel kayu yang bukan sahaja cantik, malah berfungsi untuk apa jua kegunaan dan sangat sesuai untuk apa jua musim.
 

Mio


Selain daripada itu, rekaan yang sangat fleksibel itu memudahkan pemilik untuk menentukan susun atur yang paling ideal untuk kegunaan di tapak perkhemahan, atau dijadikan sebagai bilik tambahan di luar tempat kediaman.

Buat masa ini, tiada sebarang tanda harga didedahkan, namun pelanggan di Jepun boleh mula membuat pra-tempahan trailer ini pada musim panas 2024.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Masalah dengan cara ini, ia akan menjadikan penggunaan bahan api yang tidak ekonomikal,…
Gaya Hidup
Salah satu daripadanya ialah Knaus Tabbert yang sudah pun rasmi menerima penganugerahan Sijil…
Berita Global
Bentuk asal Polydrop ini sememangnya mengingatkan kita kepada model Cybertruck disebabkan bentuk…