Syarikat Jepun berjaya hasilkan biodiesel daripada lebihan kuah ramen!

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Seorang presiden syarikat pengangkutan dari Wilayah Fukuoka telah berjaya menemukan resepi untuk menghasilkan bahan api biodiesel daripada lebihan kuah ramen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Japan Today, Masumi Nishida dari syarikat Nishida Shoun telah berjaya mendapatkan idea untuk menggunakan lebihan kuah tonkotsu ramen (ramen tulang babi) pada tahun 2013 ketika sedang menjalankan kajian biodiesel daripada minyak sayuran.

Pada ketika itu, Masumi Nishida didatangi oleh seorang pemilik francais ramen yang mahu melupuskan lebihan kuah ramen dari kedai makanannya.

Walaupun tidak mempunyai sebarang pengetahuan asas dalam bidang kimia, Nishida pada ketika itu berjaya membangunkan sebuah alat untuk mengasingkan lemak babi daripada kuah ramen.
 

biodiesel


Disebabkan lemak babi lebih cenderung untuk mengeras lebih cepat berbanding minyak sayuran, jadi Nishida hadir dengan satu cara untuk mengasingkan sesetengah elemen semasa proses penyulingan supaya ia boleh dicampurkan kembali ke dalam bahan api biodiesel.

Syarikat itu kini membeli lebihan minyak sisa gorengan dan lemak babi daripada 2,000 buah restoran, dan menggunakannya kembali untuk menghasilkan kira-kira 3,000 liter bahan api di kilangnya di Wilayah Fukuoka.

Sehingga kini, beberapa trak daripada 170 unit fleet sedia ada telah pun menggunakan bahan bakar baharu itu, dan mereka merancang untuk menggunakannya pada kesemua trak bermula September ini.

Sumber: Japan Today