Sistem yang dibangunkan oleh syarikat RideVision ini digelar CAT (Collision Aversion Technology) yang menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) dan Computer Vision yang direka khusus untuk motosikal dengan menggunakan kamera standard sebagai alat pengesan.
Sistem ini akan mengenalpasti dan menganalisis sebarang kemungkinan yang bakal berlaku berdasarkan keadaan sekeliling dan akan memberikan amaran berbentuk visual dan brek secara automatik sekiranya penunggang tidak sempat berbuat apa-apa.
CAT dijangka tidak akan menyebabkan kenaikan kos tambahan secara mendadak kepada motosikal oleh kerana secara lalainya (default) sistem CAT direka untuk menggunakan apa jua alat pengesan yang terdapat pada motosikal moden.
Anda boleh saksikan bagaimana sistem ini berfungsi pada sebuah motosikal pada video di bawah.