Syarikat Hong Kong tawar RM3b untuk beli PLUS Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah syarikat ekuiti persendirian RRJ Capital dari Hong Kong telah membuat bidaan untuk membeli kesemua saham PLUS Malaysia.

Bidaan dari syarikat itu diketuai oleh dua orang adik-beradik dari Malaysia, Richard dan Charles Ong.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tawaran tunai sebanyak RM3 billion untuk 100 peratus saham PLUS Malaysia yang dimiliki oleh UEM dan KWSP itu dihantar ke Khazanah Nasional Berhad dan Menteri Kerja Raya, Baru Bian minggu lalu.

Jika berjaya, RRJ Capital mahu menurunkan kadar semua tol sebanyak 20 peratus.

Menurut The Edge yang dikatakan terlihat dokumen tersebut, bidaan sebanyak RM3 bilion itu ditawarkan selepas mengkaji pendapatan tahunan (IRR) PLUS sebanyak 16.4 peratus untuk UEM Group dan KWSP.

PLUS kini menangung beban hutang sebanyak RM30 bilion.

RRJ juga mempelawa KWSP untuk duduk di dalam konsortium tersebut bersama mereka.

RRJ ditubuhkan dalam tahun 2011 dan menguruskan aset-aset dengan jumlah terkumpul bernilai US$15 bilion.

Menurut laporan The Edge lagi, Richard Ong memiliki saham persendirian sebanyak 5 peratus di dalam Alliance Bank Malaysia Bhd dan RRJ telah merancang untuk melabur sebanyak RM5 bilion di Malaysia tahun ini.

Antara butiran lain menurut The Edge yang terkandung di dalam dokumen bidaan itu ialah:

  • Tempoh konsesi dilanjutkan kepada 20 tahun
  • Tidak ada peningkatan kadar tol selama tempoh konsesi
  • Komitmen bayaran ganti rugi oleh kerajaan kepada PLUS kerana penangguhan peningkatan kadar tol tidak akan wujud (perjanjian sekarang melihat kerajaan perlu membayar RM2.7 bilion dari tahun 2020 sehingga 2025 kerana penangguhan kenaikan kadar tol)
  • Kerajaan akan terus menjamin PLUS dari beberapa hutangnya
  • RRJ, melalui PLUS akan bertanggung-jawab ke atas operasi dan penyeliaan lebuhraya PLUS sepanjang 975 km.

RRJ juga diberitakan akan menggunakan khidmat penasihat laluan trafik dari Massachusetts Institute of Technology dan University of California di Berkeley untuk melancarkan operasi PLUS.

Antara yang menarik ialah cadangan untuk mengenakan kadar tol berdasarkan masa puncak dan masa bukan puncak, mewujudkan laluan laju untuk kenderaan dengan lebih dari dua atau tiga penumpang dan sistem pembayaran elektronik bertingkat di mana kenderaan-kenderaan mewah seperti BMW dan Mercedes-Benz akan dikenakan tol tinggi sementara kenderaan bukan mewah akan dikenakan tol lebih rendah.

Pada 20 September lalu, Perdana Menteri Tun Mahathir berkata Khazanah akan menjual aset-aset yang tidak diperlukan untuk membantu membayar balik hutang negara.

"Kami sentiasa percaya kerajaan tidak patut menjalankan perniagaan kerana ia tidak begitu fasih di dalam bidang itu," ujar Tun ketika dialog di ibupejabat JP Morgan di New York Khamis lepas.

Tawaran RRJ adalah yang kedua selepas Maju Holdings Sdn Bhd.

Dalam masa yang sama, ada juga cadangan untuk kerajaan mengambil alih kesemua pegangan atas 15 lebuhraya di dalam negara, termasuk lebuhraya Utara-Selatan dengan kos pelaburan sebanyak RM43 bilion.

Kerajaan Pakatan Harapan berjanji di dalam manifesto mereka untuk menghapuskan tol dan oleh kerana ia tidak dapat dilakukan, Pakatan Harapan sekarang mencari jalan untuk menurunkan kadar tol.

* Laporan asal dari The Edge

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…