Syarikat China beli 51 peratus saham Treeletrik bernilai RM208.7 juta - bakal bina kenderaan elektrik di Gebeng

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat teknologi China yang berpangkalan di US, Ideanomics (IDEX) telah mengumumkan pembelian sebanyak 51 peratus saham syarikat Tree Motion Sdn Bhd.

Melalui pembelian saham bernilai USD 51 juta itu, IDEX juga akan mendapat akses kepada Treeletrik, satu-satunya syarikat yang diberi lesen pengilangan untuk kesemua jenis kenderaan EV di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

IDEX juga membeli 11.22 peratus saham syarikat induk Tree Motion, Tree Manufacturing Sdn Bhd dengan nilai USD 25 juta.

 

 

Treeletrik mempunyai sebidang tanah seluas 1 km persegi di zon Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP).

IDEX, sebuah syarikat Greentech dan Fintech bersama Tree Motion mempunyai perancangan untuk mempercepatkan penghasilan kenderaan EV mampu milik dari moped, basikal, motosikal kepada bas, trak, kereta dan keretapi elektrik untuk 650 juta penduduk rantau Asean.

 

 

IDEX akan membawa masuk teknologi bas elektrik ke Malaysia dan dengan kemudahan pengilangan dan kewangan yang kukuh, ia percaya Malaysia akan berubah menjadi pusat pembinaan EV untuk Asean.

Menurut laman web Street Insider, Tree Manufacturing dan Treeletrik aktif dalam proses untuk mengubah Malaysia kepada negara yang menggunakan kenderaan EV.

Street Insider melaporkan bahawa Treeletrik yang dimiliki oleh beberapa ahli perniagaan tempatan termasuk Ahli Keluarga DiRaja. 

 

Treeletrik pernah dipamerkan di Pameran Motor Malaysia dan ia pernah mengadakan sidang akhbar untuk perasmina produk mereka.

Menurut laman web mereka (treeletrik.com), syarikat itu mempunyai kilang di Balakong, Selangor dan menghasilkan dua buah sekuter elektrik, T90 dan T70.

Laman web Treeletrik itu mendakwa skuter-skuter EV mereka adalah buatan Malaysia.

Sayang sekali Careta tidak pernah dapat melihat pusat R&D mereka.

 

* Laporan asal dari Street Insider

Berita Berkenaan

Informasi
  Perkongsian itu juga meletakkan Malaysia sebagai pengeluar EV utama dan pembekal serantau…
Berita Domestik
Tree Technologies ialah anak syarikat Ideanomics (NASDAQ: IDEX) ("Ideanomics" atau "Syarikat").…
Berita Domestik
Lori mikro itu memang kompak dan lebar sedikit dari Perodua Kancil. Beratnya ialah 558 kg tanpa…