Syarikat CBSB Transport digantung lesen selama 3 bulan

oleh SALINA JALIL|
Lesen kenderaan barangan bagi pengendali syarikat CBSB Transport Sdn Bhd digantung selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan lain di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, penggantungan itu diputuskan selama tiga bulan atau sehingga syarikat memenuhi keperluan Tata Amalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP) sepenuhnya.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Menurutnya, pergantungan yang bermula Isnin itu diambil selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 62 Akta Pengangkutan Awam Darat 2020 (Akta 715) di mana syarikat telah gagal melaksanakan ICOP tanpa sebab munasabah.


"Ia adalah pelanggaran serius terhadap syarat lesen serta melibatkan risiko keselamatan kepada pemandu, pengguna jalan raya dan juga orang awam," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

 

Beliau berkata, kementerian sentiasa memandang serius isu berkaitan keselamatan kenderaan pengangkutan awam dan tidak akan berkompromi dengan sebarang ketidakpatuhan berkaitan pematuhan permit serta lesen oleh pengendali.

 

"Semoga tindakan ini dapat memberi pengajaran kepada pengendali terlibat serta peringatan kepada keseluruhan industri pengangkutan awam dan perdagangan," katanya.

 

Pada 6 September lalu, seorang pemandu lori yang memandu dalam pengaruh dadah menyebabkan seorang cedera dalam kejadian kemalangan jam 2.40 petang.

 

Kelima-lima kenderaan terlibat adalah dua kereta jenis Perodua Myvi berwarna kuning dan putih serta masing-masing sebuah Proton X70, Honda HRV, Peugeot 208 FL.

 

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Penggantungan itu ditetapkan atas kesalahan gagal mematuhi syarat berkanun lesen Akta Pengangkutan…
Berita Domestik
Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan berkata, masing-masing yang mengendalikan bas…
Berita Domestik
Menurut laporan dari BERNAMA, pihak APAD telah memberitahu bahawa tindakan itu telah diambil…