Syarikat campervan Korea Vantech perlihat konsep campervan Staria

oleh Mohamad Hanif|
Penulis yakin, kebanyakan pembaca Careta sudah pun melihat betapa besarnya dimensi yang dibawakan oleh Hyundai Staria yang baharu saja dilancarkan tempoh hari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dan sudah pasti ramai yang tertanya, adakah MPV besar gedabak ini sesuai dijadikan sebagai sebuah campervan? Jawapannya, YA!

 


Sebuah syarikat yang pakar dalam menghasilkan campervan di Korea, Vantech baru-baru ini memperlihatkan pakej Raccoon L untuk dimuatkan pada Hyundai Staria.
 

vantech


Untuk mereka yang tidak tahu, Vantech sebenarnya telah lama menjalankan perniagaan menawarkan pakej campervan menerusi model Starex lagi, dan tidak menghairankan jika mereka turut berminat untuk menawarkan pakej yang serupa pada model kapal angkasa Staria ini.
 

privasi


Pakej Raccoon L ini dimulakan dengan unit tempat duduk yang boleh dilipat dan dijadikan sebagai tempat tidur, kerusi pemandu yang boleh dipusingkan ke belakang, dan terdapat juga ciri tingkap privasi yang boleh diaktifkan dengan hanya satu sentuhan butang.
 

vantrech


Selain itu, Vantech turut memasang bumbung yang boleh dinaikkan menggunakan sistem scissor-lift, serta sebuah platform khas yang boleh digunakan sebagai tempat tidur pada waktu malam, atau dilipat bagi memaksimumkan lagi ruang berdiri di dalam van.
 

Vantech


Terdapat sebuah dek yang boleh digelungsur keluar ke sisi yang boleh dijadikan sebagai tempat melepak, dan boleh dipasangkan khemah untuk dijadikan sebagai ruang rehat ekstra.
 

Vantech


Sementara bahagian belakang pula, anda boleh menambah sebuah lagi khemah ekstra yang boleh disambungkan pada pintu tailgate yang sudah sedia besar itu untuk memaksimumkan lagi ruang bermalam.
 

vantech


Disebalik pintu tailgate itu tadi menempatkan ruang penyimpanan makanan, ketuhar gelombang mikro yang boleh ditarik keluar, sinki/paip mandi, serta meja kecil jenis gelungsur keluar yang boleh dijadikan sebagai meja kerja atau meja makan.

Nak tahu betapa besarnya Staria? Rujuk video kami di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Diinspirasikan daripada acara gaya hidup outdoor tahunan terbesar di Jepun FIELDSTYLE, OTG 2024…
Berita Global
Salah satu yang bakal dipamerkan ialah produk terbaharu Ergoster, tempat duduk semi-bucket yang…
Berita Global
Malah kita juga dapat menyaksikan beberapa pihak sudah pun mula membawa masuk model-model caravan/…