Syarikat bateri Korea wujudkan kerjasama dengan VinFast dari Vietnam

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat LG Chem, antara pengeluar bateri utama dunia di dalam industri kenderaan elektrik dan hibrid telah mewujudkan jalinan kerjasama dengan VinFast, syarikat automotif Vietnam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan berita antarabangsa, LG Chem dari Korea Selatan dan VinFast akan membina sebuah kilang bateri usahasama di utara bandar pelabhuan Hai Phong.

Kilang itu dijangka akan menghasilkan pek bateri lithium-ion untuk skuter elektrik VinFast yang sekarang sedang dipasang di kilang VinFast.

Ia juga bakal digunakan untuk kenderaan elektrik yang akan dibina oleh VinFast kelak.

VinFast mahu menjadi pembuat kenderaan pertama Vietnam dan sasaran mereka ialah 250,000 unit setahun.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Syamsul, pemandunya memakai baju VinFast dan kereta itu menggunakan plet pendaftaran…
Berita Global
Jumlah itu cukup besar dan masalahnya ialah kekurangan stesen pengecasan untuk EV tersebut. Buat…
Berita Global
Walaupun pada acara IIMS 2024 tersebut, Vinfast tayangkan lima buah model EVnya, iaitu model VFe34…