Syarikat automotif China pening dengan standard jalan Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Menurut satu laporan yang Careta terima dari dalam industri, sebuah syarikat automotif China sedang pening kepala kerana kesukaran memastikan sistem teknologi keselamatan canggih yang ada pada kenderaan  mereka mampu "membaca" jalanraya di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut informasi yang diterima oleh Careta, antara teknologi yang mahu diperkenalkan di Malaysia oleh syarikat China tersebut ialah Lane Departure Warning (LDW), Intelligent High Beam Control (IHBC) dan Autonomous Emergency Braking (AEB).

Namun begitu, kesemua teknologi tersebut direka khusus untuk parameter jalanraya dan peta China. Bila ia mahu digunakan di Malaysia, keadaan jalanraya dan sistem logo serta garisan bercat atas jalan telah memberikan masalah kepada sistem komputer kenderaan itu.

"Kesemua teknologi tersebut tiada masalah dari jenis perkakasan (hardware) kerana kamera dan pengesan atau sensor mereka tetap sama," ujar sumber Careta.

 

 

"Namun begitu, penalaan software atau perisian menemukan pelbagai masalah kerana jalanraya di Malaysia ada yang tidak direka mengikut spesifikasi yang tepat."

"Menurut JKR, garisan putih di kiri kanan jalanraya kita ini mengikut spesifikasi yang dibenarkan, iaitu selebar 20 cm contohnya," terang beliau.

"Jadi kami set pada perisian sistem kami untuk mengesan garisan selebar 20 hingga 25 cm. Apa yang kami dapati ialah kelebaran garisan itu langsung tidak sekata."

"Ada yang jadi 30 cm lebar, ada yang sampai 35 cm lebar dan ada yang cuma 20 cm lebar! Pening komputer hendak mengesan!" sambungnya.

 

 

Setakat ini, syarikat automotif itu masih lagi meneruskan kajian dan menala perisian komputer mereka untuk menerima varian-varian tersebut.

"Bukan mudah dan memeningkan!" kata rakan kami itu lagi.

Mungkin ini ialah satu perkara baharu di dalam dunia pembuatan jalanraya kita.

Selama ini, lebar garisan tepi itu tidak begitu diendahkan tetapi untuk memastikan Malaysia mampu menerima kenderaan autonomi sepenuhnya, maka penanda-penanda jalanraya di seluruh negara perlu dirombak sebelum kereta autonomi hilang kawalan dan mencederakan pengguna lain.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan kerana permintaan elektrik di seluruh dunia daripada penghawa dingin kini kian bakal…
Berita Global
Aloi amorfus itu mengurangkan kehilangan tenaga sebanyak 90 peratus atau lebih bila dibandingkan…
Hezeri Samsuri
Prestasi itu lebih baik dari Tesla dengan motor elektrik 20,000 RPM sementara Porsche hanya pada 16…