Syarikat Australia terima dana US$2 juta untuk bina MOTOSIKAL TERBANG

oleh HEZERI SAMSURI|
Pakar inovasi dari Australia, David Mayman yang terkenal dengan produk jetpack (mesin terbang menggunakan roket yang dipakai dibelakang anda seperti beg) kini berharap agar ia mampu menghasilkan produk yang lebih canggih - motosikal terbang.

Dengan bentuk yang mirip motosikal terbang dalam cerita wayang Star Wars, ia dijana oleh lima enjin turbojet yang dikawal menggunakan gimbal untuk imbangan dan kawalan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
mayman

 

Menurut Mayman (gambar di atas), ia seperti mengimbang sebatang pensel di hujung jari - sukar tetapi beliau yakin ia boleh dilakukan.

Melalui program YCombinator (kem startup yang terkenal di US), Mayman berjaya mendapat sumbangan dana untuk menghasilkan prototaip berskala penuh yang pertama.

Antara pelabur utama ialah Tim Draper yang pernah melabur dalam projek Tesla dan SpaceX.

Jaan Tallin, salah seorang pengasas Skype dan beribupejabat di Estonia, turut menjadi antara pelabur terbesar.

 

 

Mayman berkata prototaip itu akan siap dalam tempoh sembilan ke 14 bulan dan perancangan jangka panjang motosikal terbang itu ialah untuk digunakan oleh pasukan kecemasan tentera dan perkhidmatan perubatan sebagai kenderaan perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS).

Mayman berkata ia tidak mahu membina motosikal terbang untuk kenderaan pengangkutan udara urban milik peribadi. 

"Penggunaan tentera tidak memerlukan ia lulus piawaian FAA (Federal Aviation Administration)," terangnya.

Mayman juga percaya idea ini mampu dikembangkan untuk membina motosikal terbang dengan kokpit tertutup agar ia mampu mencapai kelajuan setinggi 644 kmsj.

* Untuk artikel penuh, sila lawati laman web New Atlas.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  SCMP melaporkan model XTurismo Limited Edition berkonsep hoverbike telah diterbangkan minggu…
Berita Global
Manakan tidak, struktur kipas yang tidak mempunyai sebarang perlindungan terhadap penunggang…