Switzerland pilih F-35 sebagai jet pejuang baharu

oleh HEZERI SAMSURI|
Switzerland boleh dikatakan sebagai sebuah negara yang paling neutral dan tidak mempunyai sebarang musuh.

Namun begitu ia masih memerlukan kelengkapan ketenteraan yang mencukupi, dan untuk menggantikan jet pejuang F/A-18 Hornet yang telah berusia sekurang-kurangnya 30 tahun, Switzerland telah memilih jet modern F-35A Joint Strike Fighter.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis Persekutuan Swiss telah memilih F-35A yang tidak mempunyai kebolehan VTOL (Vertical Take-Off Landing) dan sebanyak 36 unit produk Lockheed Martin ini dipilih untuk menggantikan 25 unit F/A-18C Hornet dan 29 F-5E Tiger II (berusia 40 tahun).

F-35A menjadi pilihan dari senarai pendek Switzerland, dan termasuk di dalam senarai itu ialah jet-jet Eurofighter, Rafale dan juga Super Hornet.

Pembelian ini setelah rakyat mengundi untuk membenarkan pembelian tersebut. Undian itu juga cuma memenangi majoriti nipis, 9,000 undian dari 3 juta yang mengundi untuk cadangan kententeraan tersebut.

* Sumber dari Popular Mechanics