Suzuki Waku SPO - PHEV segmen A dengan elemen retro moden

oleh Mohamad Hanif|
Acara Tokyo Motor Show tahun ini bakal dimeriahkan dengan kehadiran beberapa buah model konsep yang menarik dan juga aneh daripada barisan jenama automotif negara matahari terbit.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Salah sebuah daripadanya adalah Suzuki, dan mereka dikatakan bakal memperkenalkan dua buah model konsep bertemakan retro moden - salah satu tema yang popular untuk tahun ini. 

Kereta yang comel ini dinamakan sebagai Waku SPO (Waku membawa maksud keseronokan dalam bahasa Jepun) - sebuah kereta segmen A yang dilengkapi ciri plug-in hybrid (PHEV). 

Menurut Suzuki, Waku SPO ini direka untuk berkongsi keseronokan dan kegembiraan seisi keluarga, selari dengan nama dan konsep Waku Waku yang akan dibawakan oleh Suzuki tahun ini. 

Waku SPO juga menawarkan konsep kustom yang pelbagai seperti menukar bentuk badan, muka hadapan serta kandungan yang terpapar di papan pemuka, bermakna ia sangat versatil dan mampu memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai. 

Penggunaan lampu hadapan yang bulat serta penggayaan stail retro amat menyerupai konsep yang dibawakan oleh Honda e, dan ia dikemaskan dengan penggunaan kamera sisi yang bertenggek kemas di atas fender hadapan. 

 


Sebuah lagi model konsep yang bakal dibawakan oleh Suzuki adalah Hanare, sebuah kenderaan jenis pod yang menawarkan ciri swapandu dan direka untuk kehidupan masa hadapan yang lebih cekap. 

Model Hanare ini menurut Suzuki boleh diubah tetapan di bahagian dalaman supaya boleh dijadikan sebagai ruang kerja atau ruang rehat ketika perjalanan yang jauh. 

Ini diperkuatkan lagi dengan rekaan Hanare yang mempunyai ruang tingkap yang minima, rekaan ala-ala pod serta jarak antara roda yang sangat panjang bagi memaksimumkan ruang kabin. 

Kedua-dua model konsep ini tidak diperincikan aspek teknikalnya, namun tidak seperti Waku SPO yang hadir dengan ciri PHEV, Hanare berkemungkinan besar menggunakan seni bina elektrik sepenuh masa.

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek yang dilancarkan pada tahun 2016 itu dinamakan sebagai Nano Cellulose Vehicle (NCV) dan ia…
Berita Global
Adakah ianya lebih moden, futuristik dan memudahkan kehidupan seharian seperti apa yang digambarkan…
Berita Global
Subaru WRX STi EJ20 Final Edition menggunakan model WRX STI Type S edisi khas untuk pasaran Jepun…