Suzuki Vitara lulus ujian pengelakan rusa km77.com

oleh Mohamad Hanif|
Bila sebut pasal Suzuki Vitara, apa yang terlintas dalam fikiran anda ialah sebuah model crossover yang tidak lagi ditawarkan di pasaran Malaysia, walaupun Suzuki Malaysia kini berada di bawah pengurusan baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain itu, Vitara bukanlah dikategorikan sebagai SUV pantas, banyak lagi SUV pantas yang anda boleh dapatkan dalam pasaran, seperti contoh Proton X50 atau Perodua Ativa.

Namun usah terkejut apabila Suzuki Vitara generasi keempat ini yang masih lagi dijual di Eropah telah mendapat pujian daripada km77.com disebabkan prestasi pengendalian yang baik dalam ujian pengelakan rusa yang dijalankan baru-baru ini.

 


Model yang dimaksudkan itu merupakan model Vitara dengan enjin 1.4 liter yang dibantu dengan teknologi hibrid ringan menghasilkan 129 hp dan 235 Nm.

Pada cubaan kali pertama, Suzuki Vitara itu dipandu pada kelajuan 74 km/j dan berjaya mengelak daripada terlanggar mana-mana kon.

Pemandu uji mengakui Suzuki Vitara amat mudah untuk dikawal, terima kasih kepada respons stereng yang telus, sementara sistem kestabilan elektronik pula berfungsi dengan baik dalam memperlahankan kenderaan ketika diperlukan.
 

Vitara


Dalam cubaan kali kedua, Suzuki Vitara berjaya mengelak halangan dengan mudah tanpa sebarang jatuhan kon, dan mengejutkan apabila crossover itu mencatatkan kelajuan tertinggi 75 km/j.

Ujian slalom 18 meter yang dijalankan juga berjaya membuktikan crossover subkompak itu mampu menawarkan pengendalian yang baik.

Sumber: km77

Berita Berkenaan

Berita Global
Kredit foto: Maruti Suzuki India   Khabarnya versi Suzuki akan menyusul dan menurut laman web…
Berita Global
Suzuki tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan ini dan dalam satu pengumuman, mereka bakal…
Berita Global
Vitara kini tampil dengan gril hadapan dan bumper yang telah direka semula, lampu belakang serba…