Suzuki V-Strom 800DE 2023 kongsi enjin dengan GSX-8S, sedia tawan off-road

oleh Mohamad Hanif|
Serentak dengan pengenalan model GSX-8S, Suzuki turut sama memperlihatkan sebuah lagi model baharu untuk dimasukkan ke dalam keluarga V-Strom, iaitu V-Strom 800DE 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Identiti V-Strom mudah dikenali dengan kehadiran muncung paruh yang diposisikan lebih tinggi, diikuti penghadang angin boleh laras tiga tahap berdimensi kecil.

V-Strom baharu ini menggunakan sistem pencahayaan LED sepenuhnya, dengan muka hadapan yang agresif, terima kasih kepada penggunan unit lampu utama jenis bertindih.
 

V-strom


Persamaan dengan GSX-8S? Ia menampilkan tetapan trenkuasa parallel twin 776 cc yang sama, namun hadir dengan perubahan dari segi pemetaan serta sistem ekzos yang lebih konvensional.

Enjin baharu itu juga tampil dengan ciri Suzuki Cross Balancer yang mampu mengurangkan tahap gegaran, sementara Suzuki Clutch Assist System (SCAS) pula mengurangkan kepenatan untuk perjalanan jauh.

Sama seperti GSX-8S, V-Strom 800DE ini dilengkapi dengan Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S) yang merangkumi ciri seperti ride-by-wire yang telah ditala semula, tiga mod Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), tiga tahap Kawalan Cengkaman (yang boleh dimatikan), sistem Quickshift dua arah, dan Low RPM Assist.
 

800DE


Untuk memudahkan pengendalian di laluan off-road, Suzuki V-Strom 800DE ini menampilkan tambahan mod G (Gravel), dua mod ABS, serta pilihan untuk membatalkan fungsi ABS roda belakang.

Suspensi hadapan jentera adventure ini menggunakan fork Showa jenis terbalik dengan jarak pergerakan 220 mm.

Suspensi belakang pula menggunakan penyerap hentak Showa yang boleh dilaras dengan mudah menggunakan tangan (jarak pergerakan 220 mm).

Disebabkan itu, V-Strom 800DE ini memiliki jarak kelegaan tanah yang tertinggi (220 mm) di dalam keluarga V-Strom.
 

800DE


Selain itu, ia turut didatangkan dengan rim lidi bersaiz 21 inci dengan bantuan brek cakera berkembar 310 mm, diikuti rim 17 inci pada bahagian roda belakang.

Kapasiti tangki adalah sebesar 20 liter, membolehkan jentera adventure ini bergerak sejauh lebih 450 km.

Mengikut jejak GSX-8S, V-Strom 800DE turut mempunyai skrin paparan TFT lima inci dengan mod paparan siang dan malam, dan slot USB tersedia untuk sambungan kepada peranti pintar.
 

800DE


Pembeli boleh mendapatkan tiga pilihan liveri menarik untuk V-Strom 800DE ini, iaitu Champion Yellow No. 2, Glass Mat Mechanical Gray atau Glass Sparkle Black.

Berita Berkenaan

Berita Global
Bertempat di EICMA 2022, Peugeot Motorcycles melancarkan sebuah model baharu di dalam segmen skuter…
Berita Global
GP4-MS Angkup brek blok tunggal ini dikatakan lahir dari litar lumba dan direka untuk kegunaan…
Berita Global
Bukan itu sahaja, model produksi sebenar dijangka akan muncul dalam tempoh dua hingga tiga tahun…