Suzuki V-Strom 250 2023 menembusi pasaran Filipina

oleh Penyumbang Rencana 2|
Pasaran asia merupakan satu pasaran yang sesuai untuk jenama-jenama motosikal memasarkan model-model dengan enjin sesaran kecil, dari jenis kapcai, skuter, sport hinggalah jenis Adventure (ADV).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara motosikal ADV yang mendapat sambutan ialah Kawasaki Versys X 250, KTM 390 Adventure dan Benelli Trk 251, pengeluaran ADV sesaran kecil ini juga turut mendapat sambutan dikalangan pengguna di Amerika Syarikat dan Eropah.

Yang terbaru untuk menyertai pasaran dengan ADV enjin sesaran kecil ini tidak lain dan tidak bukan ialah Suzuki, yang baru sahaja memperkenalkan V-Strom 250 untuk pasaran Filipina.
 

V-strom


Tidak seperti kebiasaannya, Strom 250 ini tidak didatangkan dengan enjin V-Twin, sebaliknya ia didatangkan dengan enjin satu silinder dengan sejukan minyak. Enjin satu silinder ini mampu menghasilkan 29 kuasa kuda, sudah tentunya dengan kuasa yang dihasilkan ini mampu memberi pecutan yang memuaskan.

Tidak dinafikan bahawa V-Strom 250 ini bakal memberikan saingan yang sengit dalam kategori ADV, hal ini kerana dengan sekali pandang sahaja rupa motosikal yang kelihatan seperti motosikal dengan enjin sesaran besar
 

V=strpm


Gaya tungganggannya juga mempunyai persamaan dengan abangnya iaitu V-Strom 650 dan 1050, tidak hairanlah dengan rekaan yang bersudut besar memberikan perasaan tunggangan yang memuaskan.

Walaupun ianya dipasarkan untuk memfokuskan bajet, V-Strom 250 ini tetap dapat memberi ciri-ciri yang diperlukan dalam kelas tersendiri. Ini juga membuktikan enjin dengan sesaran kecil juga dapat memberikan perasaan tunggangan yang menyeronokkan.
 

V-strom


Selain daripada penggayaan dan prestasi, V-Strom 250 ini didatangkan dengan fork teleskopik standard, serta sistem monoshock boleh laras. Manakala roda hadapan didatangkan dengan saiz 19 inci dan saiz 17 inci untuk roda belakang.

Harga V-Strom yang ditawarkan bagi pasaran Filipina ialah P229,000 bersamaan RM18,587. Agak berbaloi harga yang ditawarkan dengan apa yang ditawarkan Suzuki untuk V-Strom 250 ini.

Adakah Suzuki Malaysia Sdn Bhd bakal membawa masuk model ini bagi menghangatkan lagi pasaran ADV di Malaysia? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: RideApart
Penulis: Ahmad Danial Yasin