Suzuki V-STROM 1050XT 2022 rasmi di Malaysia - harga RM81,900

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah lagi model yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia oleh Suzuki Malaysia Sdn Bhd adalah jentera sport kembara Suzuki V-STROM 1050XT.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Suzuki V-STROM 1050XT ini menampilkan penggayaan yang lebih agresif dan tajam yang mengingatkan kita kepada jentera lumba padang pasir Suzuki DR-Z dan DR-BIG.
 

vstrom


Jentera kembara sports ini turut disifatkan sebagai model Suzuki yang paling lengkap untuk semua keadaan, di mana ia dilengkapi dengan ciri Suzuki Intelligent Ride System (SIRS), sistem pengukuran inersia (IMU) enam paksi, serta bantuan elektronik seperti kawalan jelajah, Motion Track Brake dan sistem brek gandingan, Hill Hold Control, Slope Dependent Control, Load Dependent Control, pendikit elektronik ride-by-wire, sistem kawalan cengkaman, Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), Suzuki easy start, dan Low RPM assist.
 

Vstorm


V-STROM 1050XT hadir dengan enjin V-Twin 90 darjah bersesaran 1,037 cm3 sejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa kuda maksimum 106 hp @ 8,500 rpm dan daya kilas 101 Nm @ 4,000 rpm yang mematuhi piawaian Euro 5.

Antara ciri yang dimuatkan termasuklah lampu membelok LED, under cowling aluminium, bar aksesori, knucle guard, tempat duduk dan cermin penghadang angin boleh laras, serta soket DC 12V.
 

strom


Untuk pasaran Malaysia, Suzuki V-STROM 1050XT didatangkan standard dengan satu set side case aluminium tulen Suzuki yang mampu menambah tahap praktikaliti motosikal ini.

Boleh didapati dalam pilihan warna Metallic Oort Gray No.3/Glass Sparkle Black atau Pearl Brilliant White/Glass Blaze Orange, harga jualan V-STROM 1050XT bermula dari RM81,900.