Suzuki umum sistem hibrid 48V untuk Swift Sport, Vitara & SX4 S-Cross

oleh Mohamad Hanif|
Akibat perubahan regulasi pelepasan emisi yang semakin ketat, ini memaksa sesetengah pengeluar dunia untuk beralih arah kepada trenkuasa elektrik sepenuh masa, atau sekurang-kurangnya hadir dengan solusi yang lebih mesra alam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Suzuki tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan ini dan dalam satu pengumuman, mereka bakal memperkenalkan sistem hibrid berkuasa 48 voltan yang bakal dilengkapkan pada Suzuki Swift Sport, Vitara serta SX4 S-Cross bermula tahun hadapan. 

Pengeluar dari Jepun ini mendakwa, dengan sistem hibrid baharu ini ia bakal menawarkan pengurangan pelepasan emisi sebanyak 20 peratus, menambah lebih daya kilas dan 15 peratus penjimatan bahan api. 

 


Trenkuasa hibrid 48-volt ini bakal menggantikan peranan enjin K14C 1.4 liter Boosterjet selain menawarkan kuasa yang lebih tinggi berbanding angka 140 PS sedia ada. 

Menurut Suzuki, trenkuasa baharu ini adalah lebih ringan, terdiri daripada bateri lithium-ion 48 voltan, integrated starter generator (ISG) dan converter 48V-12V. 

Sistem ISG merupakan sistem yang bergantung kepada talisawat, dan bakal membantu enjin K14D (enjin K14C yang dinaiktaraf) menawarkan 235 Nm daya kilas pada putaran enjin serendah 2,000 rpm. 

Untuk pembahagian berat yang lebih baik, pek bateri dan sistem converter ini diposisikan di bawah tempat duduk hadapan. 
 


Menariknya, sistem hibrid yang memiliki keupayaan mengecas dengan sendiri ini boleh digunakan untuk pemanduan dalam bandar tanpa sebarang pelepasan emisi di bawah kelajuan 16 km/j untuk menjimatkan kadar penggunaan bahan api. 

Spesifikasi lanjut sistem trenkuasa hibrid 48-voltan Suzuki ini akan diperlihatkan dengan lebih teliti pada pelancaran rasmi ketiga-tiga model Swift Sport, Vitara dan S-Cross yang dijadualkan pada Mac 2020 nanti. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Automotive News, Subaru diberitakan akan menggunakan kepakaran Toyota di dalam…
Berita Global
Walaupun baharu sahaja diperkenalkan pada tahun 2021, jangka hayat generasi kedua Toyota GR86…
Berita Global
Terbaharu, laporan daripada penerbitan Jepun Mag-X mendakwa SUV Subaru Forester generasi baharu…