Suzuki Tour H1 2023 muncul di India, kereta kelas komersial dengan bampar plastik hitam

oleh Mohamad Hanif|
Anda mungkin sangka kereta dengan bampar yang tidak bercat sudah tidak wujud, tapi sangkaan anda mungkin salah sama sekali.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Di India, terdapat sebuah model baharu yang dikelaskan di bawah kenderaan komersial ringan (LCV), iaitu Suzuki Tour H1 - secara asasnya merupakan kembar kepada Suzuki Alto K10.
 

alto


Seperti yang anda lihat, ia membawakan bampar plastik depan dan belakang yang tidak bercat, diikuti dengan rim keluli yang kecil, serta tiga pilihan warna (Metallic Silky Silver, Metallic Granite Grey dan Arctic White).

Alto spesifikasi LCV ini juga tidak didatangkan dengan skrin infohibur, namun masih lagi dibekalkan dengan meter kelajuan digital, pendingin hawa, serta dua beg udara.
 

alto


Walaupun berspesifikasi LCV, Suzuki Tour H1 masih lagi mengekalkan tempat duduk baris kedua, lengkap dengan perehat kepala.

Dari segi kuasa, Suzuki Tour H1 boleh dibeli dengan enjin 1.0 liter menghasilkan 66 hp dan 89 Nm, atau versi gas asli termampat (CNG) dengan talaan kuasa yang lebih rendah (55 hp, 82.1 Nm), kedua-duanya dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan.
 

tour


Kadar penggunaan bahan api adalah sekitar 24.6 km/liter atau 4.06 liter/100 km, sementara versi CNG pula mampu mencapai angka 34.46 km/liter (2.90 liter/100 km).

Harga jualan Suzuki Tour H1 bermula dari ₹480,500 (RM27,343) untuk versi petrol, atau ₹570,500 (RM32,465) untuk versi CNG, sedikit mahal berbanding Suzuki Alto K10 yang dijual pada harga bermula dari ₹399,000 (RM22,706).