Suzuki terpaksa tinggalkan China

oleh HEZERI SAMSURI|
Suzuki, jenama Jepun yang sinonim dengan kenderaan bersaiz kecil membuat keputusan untuk keluar dari pasaran automotif terbesar dunia, China.

Ini berikutan jualan kenderaan di negara itu yang lebih menumpukan kepada genre SUV yang lebih besar. 

Syarikat Suzuki Motor bersetuju untuk memindahkan 50 peratus sahamnya di dalam Changan Suzuki kepada Chongqing Changan Automobile Co. sebaik sahaja proses perundangan dilengkapkan.

Changan akan terus memasang dan menjual kenderaan jenama Suzuki di China menerusi lesen yang diterima dari syarikat Jepun itu.

Sebelum itu, Suzuki telah keluar dari pasaran US pada tahun 2012. 

Suzuki juga telah menyerahkan kesemua pusat jualannya kepada Proton dalam tahun 2016. Sehingga sekarang, jenama Suzuki masih tidak ada dijual di Malaysia. Model Ertiga yang ditukar menjadi Proton ialah model terakhir usahasama antara Suzuki dan Proton.

Suzuki mungkin mahu menumpukan fokus yang lebih tinggi terhadap pasaran India di mana ia mensasarkan jualan sebanyak lima juta unit setahun menjelang 2030.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah menghentikan penjualan tersebut adalah berikutan permintaan pasaran terhadap enjin diesel…
Berita Global
Swift di India dilengkapi dengan dua beg udara, pre-tensioner untuk tali pinggang keledar dan…
Berita Global
  Menurut laporan Euro NCAP, perlanggaran hadapan offset mendapati kurang perlindungan dari beg…