Suzuki Swift Sport Katana - tribut kepada Suzuki Katana, 30 unit terhad

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk mempromosikan Suzuki Katana yang ikonik itu, Suzuki hadir dengan sebuah model hatchback dengan unit penghasilan yang amat terhad, iaitu sekitar 30 unit sahaja. 

Model yang dimaksudkan ialah Suzuki Swift Sport, hatchback dengan enjin 1.4 liter Boosterjet, menghasilkan 138 hp dan 230 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi manual dan automatik, masing-masing dengan enam nisbah kelajuan.
 


Edisi sangat terhad ini merupakan tribut kepada Suzuki Katana, dengan layangan warna Premium Silver Metallic dan Super Black Pearl yang masing-masing dihadkan kepada 15 unit setiap satu. 

Selain daripada warna, model ini boleh dikenalpasti dengan pemakaian strip bonet, grafik pintu, simbol Katana pada pintu hadapan serta nombor siri pada tiang C (dan juga tempat duduk!).

 
 


Suzuki juga turut memasang rim OZ aloi bersaiz 18 inci yang dibaluti dengan tayar Michelin Pilot Sport 4. 

Pengendalian Swift Sport Katana ini juga turut diambil kira dengan membawakan sistem suspensi boleh laras, bar strut, serta sistem ekzos yang telah dinaiktaraf. 
 


Malangnya, model edisi terhad ini nampaknya hanya dijual di pasaran Belanda (Netherlands) sahaja dengan harga permulaan dari €28,999 (RM135 ribu). 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Enjin dan perkakasan Katana 2022 dinaik taraf dengan sejumlah komponen baharu seperti berikut…
Pelancaran Motosikal
Mengambil alih peranan Suzuki Assemblers Malaysia, Suzuki Malaysia Sdn Bhd kini merupakan…
Berita Domestik
Namun, berdasarkan laporan daripada rakan media MotoMalaya, salah sebuah pengedar Wah Motor…