Suzuki Swift Sport Hybrid 2020 - mild-hybrid 48V, 127 hp/235 Nm, kotak gear manual!

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki telah mengemaskini penawaran model hatchback Swift Sport 2020 dengan penambahan varian trenkuasa mild-hybrid yang bukan sahaja berkuasa, malah mengekalkan sesuatu yang digemari oleh kebanyakan petrolhead sedunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Suzuki, sistem mild-hybrid ini terdiri daripada enjin 1.4 liter turbo yang digandingkan dengan integrasi starter-generator 48 voltan, bateri lithium-ion dan motor elektrik yang hanya seberat 15 kilogram sahaja. 

Penambahan motor elektrik itu menyumbang kepada jumlah output keseluruhan sebanyak 127 kuasa kuda dan 235 Nm daya kilas. 

 


Walaupun Swift Sport ini menggunakan sistem mild-hybrid, Suzuki tetap melengkapkan trenkuasa ini dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan dengan mekanisma penukaran gear 10 peratus lebih cepat berbanding model terdahulu!

Prestasi pecutan 0-100 km/j pula sedikit perlahan, 9.1 saat dengan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 209 km/j, manakala bacaan penggunaan bahan api pula dicatatkan pada angka 4.69 liter/100 kilometer. 
 


Jika anda perasan, kuasa Swift Sport Hybrid ini sedikit berkurangan berbanding model terdahulu, ini adalah disebabkan Suzuki mahu mengurangkan pelepasan CO2 mengikut piawaian yang telah ditetapkan, ditambah pula dengan peranan motor elektrik dan fungsi mula-berhenti. 

Antara kelengkapan yang didatangkan termasuklah set rim aloi bersaiz 17 inci, stereng sports balutan kulit, kaca tingkap bahagian penumpang digelapkan, lampu utama LED, sistem pendingin hawa automatik, kawalan pelayaran adaptif, bantuan kekal laluan serta unit hiburan dengan enam pembesar suara. 
 


Setakat ini harga jualan masih lagi belum diumumkan oleh Suzuki, namun dengan penambahan sistem mild hybrid, harga jualan berkemungkinan besar lebih mahal berbanding model terdahulu dengan tanda harga £17,499 (RM90,718).