Suzuki Swift India cuma dapat 2-bintang 

oleh HEZERI SAMSURI|
Keputusan ujian perlanggaran Global NCAP baru-baru ini  menunjukan Suzuki Swift yang dipasang di India oleh Maruti cuma mampu mendapat penarafan 2-bintang sahaja dari markah penuh 5-bintang.

Kajian yang dilakukan hasil ujian mendapati kerangka badan Swift itu tidak stabil dan tidak mampu menahan tekanan berlebihan.

Walaupun begitu, ia menawarkan perlindungan yang baik kepada kepala dan leher pemandu dan penumpang hadapan, tetapi bahagian dada dan lutut masih tidak dilindungi dengan secukupnya kerana boleh dihentak oleh struktur di sebalik papan pemuka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Swift di India dilengkapi dengan dua beg udara, pre-tensioner untuk tali pinggang keledar dan cangkuk Isofix tetapi ia tidak mempunyai sistem ABS 4-saluran, antara punca kenapa pemarkahannya rendah.

Ia juga tidak ada Traction Control atau beg udara sisi.

Untuk perlindungan penumpang dewasa, ia mencapai taraf 2-bintang dan untuk penumpang kanak-kanak, juga perlindungan 2-bintang.

Menurut David Ward, Setiausaha Agung Global NCAP, Swift yang dijual di Eropah dan Jepun mempunyai kadar keselamatan yang lebih tinggi.

"Global NCAP berharap Maruti Suzuki mahu mencapai taraf keselamatan yang lebih tinggi," ujar beliau.

Ini adalah antara sebab utama kenapa badan neutral seperti Global NCAP dan di Malaysia, Asean NCAP diwujudkan.

Pembuat kenderaan tidak semestinya menawarkan produk yang mempunyai spesifikasi yang sama di semua pasaran mereka.

Pasaran Eropah dan Jepun mempunyai alat keselamatan yang lebih canggih kerana ia diwajibkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Di negara yang tidak mewajibkan alatan tersebut, syarikat kenderaan mempunyai alasan untuk tidak memasangnya atas dasar kos.

Jika NCAP tidak wujud, apa yang terjadi sebelum ini ialah iklan-iklan menunjukan penarafan tinggi untuk ujian di Eropah tetapi model yang dijual di pasaran tempatan tidak sama dengan yang diuji di Eropah.

Proton pernah dikenakan surat amaran oleh Euro NCAP kerana meletakan keputusan ujian Euro NCAP untuk model Exora mereka, sedangkan Exora tidak pernah diuji secara rasmi oleh Euro NCAP.

Apa yang terjadi ialah Proton melakukan simulasi ujian Euro NCAP tetapi gagal menyatakan ia ada ujian simulasi di dalam iklan mereka.

Beberapa jenama kenderaan lain di Malaysia pula mula meningkatkan taraf keselamatan kenderaan mereka secara senyap selepas Asean NCAP dimulakan di Malaysia. Antaranya ialah pemasangan bar keselamatan di dalam pintu.

Penambahan itu dilakukan secara senyap agar pengguna tidak tahu model awal tidak dilengkapi dengan kelengkapan tersebut. 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Model edisi khas ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal…
Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…