Suzuki Swift Attitude dilancarkan di UK, transmisi manual, harga RM72k

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan sebuah lagi model yang tidak akan masuk ke pasaran Malaysia selain daripada saudaranya Jimny yang semakin popular di luar negara.

Suzuki UK telah melancarkan edisi khas kepada supermini Suzuki Swift yang digelar sebagai Swift Attitude.

Ia dibangunkan menggunakan model daripada varian asas SZ3 di sana. 

Jika dibandingkan dengan varian tersebut, varian Attitute ini mempunyai atitud yang tersendiri, seperti penambahan tinted privasi di ruang penumpang belakang, lampu nyalaan siang (DRL) LED, stereng balutan kulit, serta sistem audio dengan sambungan Bluetooth.

 


Manakala bahagian luarannya pula dilengkapi dengan kit badan, skirt sisi dan belakang, efek gentian karbon, gril hadapan dengan trim krom sebelum diakhiri dengan rim aloi bersaiz 16 inci. 

Seperti yang anda jangkakan, varian Attitude ini hanya didatangkan dalam versi manual lima nisbah kelajuan sahaja bagi menyalurkan kuasa 89 hp daripada enjin Dualjet 1.2 liter. 
 


Di UK, varian Swift Attitude ini dijual pada harga £13,499 (RM71,714++), tambahan kos sebanyak £1,000 (RM5,310) berbanding varian asas SZ3. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad…
Berita Global
Keputusan itu dibuat oleh kerana mandat kenderaan pelepasan sifar (ZEV) UK, yang memaksa pengeluar…
Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…