Suzuki Swift 2024 rasmi di Jepun, enjin 1.2 liter hibrid baharu yang lebih cekap

oleh Mohamad Hanif|
Setelah muncul buat kali pertama di Japan Mobility Show 2023, Suzuki akhirnya secara rasmi melancarkan hatchback Swift generasi baharu untuk pasaran Jepun.

LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Tidak banyak perubahan yang dibawakan, di mana Suzuki Swift 2024 ini menampilkan rupa paras yang sama sahaja seperti model yang dipamerkan di JMS tempoh hari.

Muka depan Swift 2024 ini mempunyai unit lampu yang lebih bersegi, struktur jeriji seakan mulut ikan, kehadiran pemegang pintu konvensional pada pintu belakang, serta rekaan rim aloi baharu.
 

Swift


Dari segi dimensi, Suzuki Swift 2024 membawakan ukuran sepanjang 3,869 mm, lebar 1,695 mm, tinggi 1,500 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,450 mm.

Sementara ruang kabin pula membawakan susun atur papan pemuka yang lebih moden, menempatkan skrin tengah bersaiz sembilan inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, butang kawalan iklim di bahagian bawah corong tengah, skrin kecil yang diapit meter analog, serta kehadiran beberapa slot pengecasan USB.

Tidak ketinggalan, ciri tuil brek parkir yang telah digantikan punat brek parkir elektronik.
 

swift


Untuk pasaran Jepun, Suzuki Swift 2024 bakal ditawarkan dengan tiga pilihan trim, di mana versi asas XG dipadankan dengan enjin petrol konvensional.

Sementara dua trim teratas (Hybrid MX dan Hybrid MZ) mendapat tetapan trenkuasa hibrid yang terdiri daripada enjin tiga silinder sebaris 1.2 liter Z12E yang dipadankan dengan motor elektrik ISG yang sangat cekap dan mampu menawarkan daya kilas secukupnya pada kelajuan rendah.
 

swfty


Kedua-dua enjin tersebut digandingkan dengan transmisi CVT baharu yang lebih ringan, lebih senyap dan lebih cekap, serta sistem pacuan roda depan atau pacuan semua roda.

Menariknya, Suzuki Swift 2024 ini turut dilengkapi dengan perkakasan keselamatan yang merangkumi radar gelombang milimeter, kamera monokular, serta penderia ultrabunyi yang mampu menyokong kelengkapan ADAS Suzuki Safety Support.

Ciri yang dimaksudkan itu termasuklah Dual Sensor Brake Support II yang dapat mengesan kereta, motosikal, basikal dan pejalan kaki, diikuti sistem pemantauan titik buta dan amaran lintasan trafik belakang.
 

swift


Buat masa ini, harga jualan masih lagi belum didedahkan, namun Suzuki Swift 2024 juga bakal dieksport ke pasaran lain dengan penawaran enjin yang berbeza.

Baca: Pandu Uji Suzuki Swift Sport 2021

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, generasi keempat Suzuki Swift 2024 sedia untuk menggalas tugas sebagai sebuah kereta kompak…