Suzuki Swift 2021 facelift - ciri standard AEB untuk semua varian

oleh Mohamad Hanif|
Generasi keempat Suzuki Swift (yang tidak masuk pasaran Malaysia) itu sudah pun diperkenalkan semenjak tahun 2017, dan baru-baru ini pihak Suzuki telah pun melancarkan model facelift pertengahan kitaran untuk pasaran Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara perubahan yang dibawakan pada bahagian luar termasuklah sedikit kemasan pada gril hadapan, reka bentuk lampu utama, serta penawaran lampu LED untuk hadapan dan belakang.

Suzuki juga turut mengemaskini penawaran enjin, di mana nadi 1.2 liter sebelum ini telah dinaiktaraf dengan output 82 hp dan 107 Nm, membenarkan pecutan 0-100 km/j dalam 12.2 saat, serta padanan transmisi CVT.

 


Varian hibrid juga kini menerima pek bateri lithium-ion yang lebih besar (10 Ah berbanding 3 Ah), di mana ia menyumbang kepada penggunaan bahan api serendah 4.9 liter untuk setiap 100 km.

Manakala untuk varian tertinggi SZ5 pula, Swift facelift ini boleh didapati dalam sistem pacuan semua roda AllGrip secara opsyen.

Ciri standard yang ditawarkan termasuklah sistem pendingin hawa, paparan Smartlink, radio DAB, kamera undur, stereng balutan kulit, roda aloi 16 inci serta ciri keselamatan Radar Brake Support (brek kecemasan automatik) dan Adaptive Cruise Control.

 


Sementara varian SZ-T pula menambah ciri seperti Lane Departure Warning and Weaving Alert, Dual Sensor Brake Support, Rear Cross Traffic Alert, Blind Spot Monitor, Traffic Sign Recognition dan penderia undur.

Untuk varian tertinggi SZ5 pula menampilkan kawalan iklim automatik, kemasukan tanpa kunci, pelarasan stereng teleskopik dan lampu membelok pada cermin sisi.

Harga jualan di UK bermula dari £14,749 (RM79,652) manakala versi tertinggi dengan pacuan semua roda AllGrip pula bermula dari £18,749 (RM101,254).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Antara model yang dimaksudkan termasuklah Suzuki Ertiga (Toyota Rumion), Suzuki Brezza (Toyota…
Berita Global
Daripada jumlah tersebut, terdapat tiga model pameran yang bakal mencuri tumpuan umum. Salah satu…