Suzuki S-Cross 2022 - nama SX4 akhirnya digugurkan

oleh Mohamad Hanif|
Anda masih ingat kehadiran model Suzuki SX-4 suatu ketika dahulu?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ya, ia merupakan antara model crossover yang cukup menarik perhatian disebabkan rupa parasnya yang sedikit aneh, namun tahukah anda ia juga turut didatangkan dalam pakej berbentuk sedan.
 

S-Cross


Sedar ataupun tidak, crossover Suzuki ini sebenarnya baharu sahaja masuk generasi yang ketiga, di mana Suzuki akhirnya membawakan rekaan yang jauh lebih moden, dan kini ia menggunakan nama yang lebih ringkas S-Cross.

Dari segi rupa luaran, S-Cross generasi baharu ini membawakan rekaan gril yang agak besar dengan jalur krom melintang, unit lampu yang lebih tajam, serta rekaan arka roda yang jauh lebih kemas.

Sementara bahagian belakang pula menampilkan rekaan lampu jernih yang lebih besar dan lebar, diikuti dengan rekaan bampar belakang untuk penampilan yang lebih aktif.
 

S-Cross


Secara asasnya, Suzuki S-Cross mengekalkan dimensi yang sama seperti model generasi kedua, dengan panjang 4,300 mm, lebar 1,785 mm dan tinggi 1,585 mm sementara jarak antara roda pula sepanjang 2,600 mm.

Malah, Suzuki turut mengekalkan susun atur papan pemuka yang lebih kurang serupa pada model terdahulu, namun dengan ciri baharu seperti skrin sentuh bersaiz sembilan inci yang lengkap dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Di bawah hud, Suzuki S-Cross membawakan nadi Boosterjet 1.4 liter turbo dengan teknologi hibrid ringan (mild-hybrid) yang mampu menjana 127 hp dan 235 Nm yang dibawakan dari model Swift Sport.
 

S-Cross


Pecutan 0-100 km/j pula adalah sekitar 9.5 saat atau 10.2 saat menggunakan varian pacuan semua roda Allgrip.

Suzuki S-Cross 2022 bakal menyerang pasaran Eropah bermula bulan depan, diikuti pasaran Amerika, Oceania dan Asia pada tahun hadapan.