Suzuki Raider R150 Fi edisi khas Azlan Shah, 300 unit, dari RM11,988

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada tiga model 'standard' 150 cc, Suzuki Malaysia turut memperlihatkan sebuah model edisi khas yang dihasilkan menerusi kerjasama dengan pelumba Azlan Shah dan Amitec.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ditawarkan sebanyak 300 unit sahaja, Suzuki Raider R150 edisi khas ini turut didatangkan dengan nombor siri khas, grafik serta nombor perlumbaan yang digunakan oleh Azlan Shah.
 

Azlan Shah


Lebih menarik, ia sarat dengan pelbagai jenis aksesori Racing Boy seperti pam brek dan klac, getah hendal, pelindung bar hendal, cermin sisi, monoshock belakang, angkup brek hadapan, serta hos brek.

Spesifikasi enjin masih lagi standard, di mana nadi silinder tunggal 150 cc itu mampu menghasilkan kuasa setinggi 18.2 hp dan 13.8 Nm, dipadankan dengan transmisi enam nisbah kelajuan.
 

Raider


Harga jualan bermula dari RM11,988 dan boleh ditempah menerusi pengedar rasmi Suzuki di seluruh Malaysia.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Enjin 147.3 cc silinder tunggal yang dipasangkan itu merupakan nadi yang paling berkuasa pernah…