Suzuki Raider R150 Fi 2022 dilancarkan - dari RM8,173

oleh Mohamad Hanif|
Nama Belang yang tersohor di kalangan para peminatnya kini membuat kemunculan semula, dengan nama baharu yang dikenali sebagai Raider R150 Fi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Enjin 147.3 cc silinder tunggal yang dipasangkan itu merupakan nadi yang paling berkuasa pernah dipasangkan pada Raider R150 Fi, berupaya menghasilkan 18.2 hp @ 10,000 rpm dan daya kilas 13.8 Nm.

Selain itu, para jurutera turut memadankan beberapa teknologi yang mampu memastikan pengedaran kuasa lebih lancar dan lebih cekap, seperti sistem penyuntik bahan api jenis empat lubang, dibantu dengan penderia terbina dalam enjin, injap kemasukan dan ekzos yang lebih besar, serta penggunaan bahan Suzuki Composite Electrochemical Material (SCEM) pada bahagian silinder.
 

enjin


Diameter saluran ekzos juga lebih besar, 31.8 mm berbanding 25.4 mm pada model terdahulu bagi memastikan tindak balas yang lebih optimum untuk sepanjang julat putaran enjin.

Raider R150 ini menggunakan kerangka Suzuki Advanced Twin Spar yang lebih ringan, dengan kebolehgerakan dan kestabilan yang unggul seperti model GSX-R.

Ia menggunakan sistem brek cakera depan dan belakang,  sementara rim pula bersaiz 17 inci yang dibaluti tayar 70/90 di depan dan 80/90 di bahagian belakang.

Sistem suspensi hadapan adalah jenis fork teleskopik, diikuti lengan ayun dengan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang.
 

Raider


Kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 4.0 liter sementara ketinggian pelana pula adalah setinggi 765 mm.

Untuk memudahkan penyelenggaraan, Suzuki Raider R150 Fi merupakan model underbone bawah 150 cc yang pertama hadir dengan rekaan rantai tertutup (sealed chain) baharu.

Panel instrumen LCD penuh menyediakan pelbagai informasi yang penting dan mudah untuk dibaca oleh penunggang.

Harga jualan Suzuki Raider R150 Fi 2022 bermula dari RM8,173 atas jalan tanpa insurans.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Ditawarkan sebanyak 300 unit sahaja, Suzuki Raider R150 edisi khas ini turut didatangkan dengan…