Suzuki produksi Jimny di India, eksport ke Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki menerusi syarikat subsidiari Maruti Suzuki India Limited telah diberitakan memulakan operasi produksi dan eksport bagi model SUV off-road Suzuki Jimny.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diproduksikan di kilang Gurgaon, India, Suzuki Jimny yang dipasang di sana memiliki spesifikasi model eksport yang serupa dihasilkan oleh kilang Kosai, Jepun.

Ini bermakna, Suzuki Jimny buatan India ini bakal hadir dengan enjin 1.5 liter empat silinder sebaris menghasilkan 100 hp dan 138 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi manual atau automatik.

Selain memulakan operasi pemasangan Jimny di India, Maruti Suzuki juga akan memproduksikan Jimny untuk pasaran eksport termasuklah Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika.

 


Sebagai makluman, Suzuki Jimny yang telah mendarat di negara jiran Singapura, Thailand, dan Indonesia datangnya dalam bentuk unit CBU terus dari kilang Jepun.

Bagi mereka yang sedang mencari Jimny generasi baharu, pasaran Malaysia juga sebenarnya telah pun mendapat unit-unit Jimny tanpa melalui saluran rasmi pengedar, dan boleh didapati pada harga serendah RM145,000 seperti yang disenaraikan di dalam laman web Carlist.

Soalnya sekarang, jadi ke tidak Suzuki kembali ke pasaran Malaysia?

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Model edisi khas ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal…
Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…