Suzuki perkenal Hayabusa 2024 sempena ulang tahun ke-25

oleh Hamimah Hamid|
SELEPAS lebih dua dekad penghasilan Hayabusa, Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. tampil memperkenalkan Hayabusa 2024 sempena ulang tahun ke-25 motosikal tersebut.

Selepas keluaran pertama 25 tahun lalu, edisi baru itu diberi suntikan prestasi yang memberi inspirasi, reka bentuk yang inovatif dan legasi yang berkekalan dalam dunia motosikal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara perubahan paling menonjol model edisi terhad yang pernah menjadi motosikal pengeluaran massa paling laju di dunia suatu masa dulu itu ialah skema warna jingga dan hitam dengan grafik istimewa sebagai "tribute" kepada generasi terdahulu.

 

Ukiran Hayabusa kini tertera pada mufler dan rantai, manakala lencana ulang tahun ke-25 dan logo Suzuki 3D dipapar jelas pada tangki minyak.

 

Selain itu, Suzuki Hayabusa 2024 ini tiada pelana pembonceng, sebaliknya ditutup "cowl" untuk penampilan lebih sporty.

 

Jentera ini dijana enjin empat sebaris berkapasiti 1,340cc penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI) berkuasa 187hp.

 

Model edisi khas ini juga mendapat teknologi elektronik komprehensif daripada unit unjutan inersia (IMU) 6-paksi untuk ciri canggih seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) selekoh dan kawalan traksi serta bantuan tunggangan lain.

 

Edisi ulang tahun ke-25 Hayabusa 2024 inia dalah simbol dedikasi Suzuki untuk menolak sempadan prestasi serta teknologi dan ia ditetapkan untuk memikat hati penunggang dan pengumpul.

 

Peminat motosikal berkuasa laju ini boleh mendapatkannya sekarang pada harga RM115,900 (tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran).

 

Jentera ini kini boleh didapati di semua Suzuki Big Bikes dan bilik pameran dunia di seluruh negara. 

 

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pengedar sah Suzuki terdekat atau melayari laman web Suzuki Malaysia di www.suzuki.com.my