Suzuki panggil semula GSX-R1000

oleh HEZERI SAMSURI|
Kawasaki Legend Reborn

Suzuki sudah mula memanggil semula jentera-jentera GSX-R1000 bagi model 2017 dan 2018.

Menurut beberapa dokumen dan laporan laman web, panggil semula dilakukan kerana wujud masalah pada komponen elektronik dan juga enjin.

Lebih dari 3,000 unit motosikal model superbike itu akan terbabit dan yang merungsingkan, masalah itu mungkin akan menyebabkan rantai terputus.

Menurut laman web auto.ndtc.com, rantai GSX-R1000 mungkin akan terputus apabila penunggang menukar dari gear satu ke gear dua dan gear kadangkala akan termasuk ke dalam posisi neutral, lantas meingkatkan RPM secara mengejut. Bila penunggang masuk kembali ke gear dua tanpa menarik klac, rantai motosikal mungkin boleh putus.

Masalah GSX-R1000 itu mula dikesan di Perancis dan kemudiannya di US. 

Ianya bertumpu kepada program di dalam Engine Control Module (ECM) dan Suzuki akan menggantikan modul tersebut dan jika perlu, menukarkan rantai dan gegancu (sprocket).

Belum dipastikan samada masalah ini membabitkan Suzuki di Malaysia ataupun tidak. 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah menghentikan penjualan tersebut adalah berikutan permintaan pasaran terhadap enjin diesel…
Berita Global
Swift di India dilengkapi dengan dua beg udara, pre-tensioner untuk tali pinggang keledar dan…
Berita Global
  Menurut laporan Euro NCAP, perlanggaran hadapan offset mendapati kurang perlindungan dari beg…