Suzuki Misano EV Concept - motosikal di dalam casis kereta!

oleh Mohamad Hanif|
Sekumpulan 24 orang penuntut Sarjana Reka Bentuk Pengangkutan di IED Torino bekerjasama dengan Suzuki bagi menghasilkan sebuah model konsep yang cukup unik dan menarik, dinamakan sebagai Suzuki Misano.

Nama Misano diinspirasikan daripada litar terkenal di Itali dan uniknya Misano kerana ia menampilkan elemen motosikal di dalam struktur empat roda, seperti contoh konfigurasi tempat duduk, serta kawalan pemanduan tidak menggunakan pedal dan stereng, akan tetapi menampilkan bar hendal!

 


Selain daripada itu, posisi pemanduan (atau tunggangan?) tidak berada di tengah kenderaan, sebaliknya ia berada di kiri kereta di mana bahagian kanan yang 'kosong' itu sebenarnya menempatkan ruang pek bateri dan ruang kargo.

Rupa hadapan Suzuki Misano diserikan dengan lampu utama berbentuk S (macam logo Suzuki) yang bercantum dengan gril dan tema yang sama turut dibawakan pada bahagian belakang konsep Misano ini.

 


Pintu tunggal yang berada di sebelah kiri didatangkan dengan panel kaca yang membenarkan pemandu berasa lebih dekat dengan jalan ketika pemanduan.

Menurut Kimihiko Nakada, Pengarah Pusat Rekaan Suzuki berkata, "Suzuki Misano merupakan sebuah tesis yang lahir dari semangat pereka muda, dan ia dibangunkan sebagai sebuah projek (di sini) bagi menawarkan pengalaman gaya hidup serba baharu buat generasi berikutnya.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Pendedahan model prototaip tersebut bakal dibuat pada acara pameran yang memperkenalkan usaha…
Berita Global
Terbaharu, laman web BestCarWeb melaporkan terdapat kerjasama antara Toyota, Daihatsu dan Suzuki…
Berita Global
Difahamkan, untuk tahun ini terdapat sehingga enam buah kenderaan elektrik (EV) yang bakal…