Suzuki Malaysia lancar Hayabusa - harga dari RM111,200

oleh Mohamad Hanif|
Dilancarkan secara rasmi di peringkat global beberapa bulan yang lalu, generasi baharu Suzuki Hayabusa akhirnya memasuki pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Masih lagi mengekalkan rekaan yang mampu membelah angin, Suzuki Hayabusa generasi ketiga ini dibekalkan dengan enjin empat silinder sebaris sejukan cecair bersesaran 1,340 cm3 yang mampu menghasilkan kuasa 190 PS dan daya kilas 150 Nm @ 7,000 rpm.
 

Hayabusa


Meskipun kuasa menurun berbanding model terdahulu, namun Suzuki telah melakukan perubahan dengan menampilkan komponen Suzuki Side Feed Injector (S-SFI) yang mampu meningkatkan penghasilan kuasa dan daya kilas pada julat putaran enjin yang rendah hingga pertengahan.
 

Hayabusa


Ciri yang dimuatkan pada Suzuki Hayabusa adalah seperti sistem pendikit elektronik ride-by-wire, suspensi fork hadapan USD KYB 43 mm, penyerap hentak belakang KYB, brek Brembo Stylema angkup empat omboh dan rotor 320 mm, serta ciri Suzuki Intelligent Ride System yang merangkumi komponen seperti Power Mode Selector, Anti-lift Control System, Bi-directional Quick Shift, Engine Brake Control System dan Motion Track Traction Control System.
 

Hayabsa


Ditawarkan dalam tiga warna menarik, harga jualan Suzuki Hayabusa bermula dari RM111,200.00 atas jalan tanpa insurans dan pendaftaran.

Baca: Suzuki Hayabusa 2021

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka juga turut memaklumkan tempahan sudah pun dibuka namun jumlah sebenar Hayabusa 25th…
Berita Global
Mungkin tidak ramai yang sedar, motosikal ini sudah pun berada di dunia sejak 25 tahun yang lalu,…
Berita Global
Apa yang terkandung di dalam pek aksesori Performance Hayabusa?     Komponen paling utama ialah…