Suzuki Malaysia dedah teaser Belang 150, GSX-R150, pelancaran rasmi tahun depan!

oleh Mohamad Hanif|
Serentak dengan pelancaran model baharu yang berlangsung sebentar tadi, Suzuki Malaysia turut sengaja memperlihatkan teaser dua buah model yang telah disebut-sebut memasuki pasaran Malaysia kelak, iaitu Suzuki Belang dan juga model sports GSX-R150 dan sports naked GSX-S150.

Berdasarkan laporan-laporan terdahulu, model 150 cc tersebut dirancang akan dipasarkan sebagai motosikal pemasangan tempatan (CKD).
 

Belang


Ia sekaligus memberikan bayangan harga jualan Belang 150 dan GSX-R150 yang lebih rendah dan kompetitif di dalam kelasnya dan sesuai untuk golongan yang mempunyai kekangan bajet.

Dari segi kuasa, Suzuki Belang 150 dikuasakan oleh enjin 150 cc DOHC sejukan cecair yang mampu menghasilkan 18.23 hp @ 10,000 rpm, sementara Suzuki GSX-R150 (dan GSX-S150) pula datang dengan talaan yang lebih berkuasa, iaitu 19 hp dan 14 Nm.
 

GSX-R150


Menurut kenyataan daripada pihak Suzuki Malaysia, ketiga-tiga motosikal ini akan dilancarkan secara rasmi pada awal tahun hadapan.

 

Suzuki GSX-S150
Suzuki GSX-R150
Suzuki Belang 150

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Skor Penilaian Keseluruhan Adult Occupant Protection (AOP): 36.71 mata Child Occupant…
Berita Domestik
Pengenalan Suzuki Fronx Suzuki Fronx pertama kali dipertontonkan di dunia semasa Auto Expo 2023…
Pelancaran
Harga dan Perbandingan Harga atas jalan tanpa insuran bagi edisi terhad ini ditetapkan pada …