Suzuki Malaysia dedah harga jualan GSX-R150, GSX-S150 - dari RM10,xxx

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, pihak Suzuki Malaysia bakal melancarkan tiga model motosikal bersesaran 150 cc, iaitu GSX-R150, GSX-S150, serta Suzuki Belang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam teaser terbaharu yang dimuatnaik menerusi laman Facebook, Suzuki Malaysia mendedahkan harga jualan bagi dua buah model GSX-R150 dan GSX-S150, masing-masing bermula dari RM11,xxx dan RM10,xxx.

 


Ia sekaligus mengesahkan kehadiran model tersebut untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Suzuki GSX-R150 dan Suzuki GSX-S150 dijana dengan nadi 147.3 cc yang mampu menghasilkan 19.1 PS @ 10,500 rpm serta daya kilas 14 Nm @ 9,000 rpm, dipadankan dengan transmisi enam nisbah kelajuan.

 


Sebagai perbandingan harga, berikut merupakan pesaing-pesaing bagi model Suzuki yang ada di pasaran Malaysia

Suzuki GSX-R150 - RM11,xxx.00
Yamaha YZF-R15 - RM11,988.00
Honda CBR150R - RM12,499.00

Suzuki GSX-S150 - RM10,xxx.00
Yamaha MT-15 - RM11,988.00

Suzuki Belang - harga belum didedahkan
Yamaha Y15ZR - RM8,168
Yamaha Y16ZR - RM10,888
Honda RS-X - RM8,688

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sama seperti Avenis, Burgman Street EX turut dikuasakan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang…
Pelancaran Motosikal
Avenis dinadikan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang dengan sistem penyejukan udara yang…
Berita Domestik
Ia berikutan tiga model Suzuki di pasaran India, iaitu GIXXER 250, GIXXER SF250 dan V-Strom SX 250…