Suzuki Malaysia bakal lancar Belang 150, GSX-R150 versi CKD?

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang mengikut rapat perkembangan Suzuki Malaysia, mereka sebelum ini telah pun mengeluarkan beberapa teaser yang memberikan petanda kehadiran model-model baharu untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berita gembira, Suzuki Malaysia dilaporkan akan membawakan dua buah model untuk pasaran tempatan, iaitu Suzuki Belang 150 dan GSX-R150.

Menurut laporan daripada rakan media Paultan.org, kedua-dua model itu dikatakan sedang menantikan kelulusan VTA daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan sebelum pelancaran yang dijangka berlangsung pada tahun ini.

Lebih menarik perhatian, kedua-dua model yang memiliki sesaran 150 cc ini akan ditawarkan dalam bentuk pemasangan tempatan (CKD), sekaligus menjadikan penawaran harga yang lebih rendah dan kompetitif di dalam kelasnya.

 


Suzuki Belang 150 (atau Satria F150 di Indonesia) menggunakan nadi 147.3cc sejukan cecair yang menghasilkan 18.23 hp @ 10,000 rpm dan penawaran kuasa ini dilihat mampu mengatasi model-model kapcai seperti Yamaha Y16ZR dan Honda RS150R.

Sementara model GSX-R150 yang hadir dengan rekaan reraup penuh dan penampilan yang lebih sporti itu menggunakan enjin yang sama, akan tetapi dengan talaan output yang lebih tinggi, 19 hp dan 14 Nm.

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Enjin 147.3 cc silinder tunggal yang dipasangkan itu merupakan nadi yang paling berkuasa pernah…
Berita Domestik
Dalam teaser terbaharu yang dimuatnaik menerusi laman Facebook, Suzuki Malaysia mendedahkan harga…