Suzuki Malaysia bakal bawa masuk Saluto? 

oleh HEZERI SAMSURI|
Pasaran skuter memang besar, tetapi kebanyakan skuter CVT yang hadir di pasaran Malaysia lebih ke arah rekabentuk sporti walaupun sebenarnya mempunyai prestasi yang santai.

Suzuki baru-baru ini telah melancarkan skuter urban terkininya, model Saluto 2022 di Taiwan dan bakal diperkenalkan di Indonesia dan Thailand khusus untuk bertempur dengan model Honda Scoopy dan Yamaha Fazio.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dijana oleh enjin 124cc dan menghasilkan 9.26 hp serta 10 Nm, skuder CVT ini dikatakan mampu memberikan penjimatan bahanapi sebanyak 62.21km untuk setiap liter petrol. 

Ini bermakna dengan tangki Saluto sebesar 5.5 liter itu, ia mampu berjalan sejauh 340km. 

Selain dari roda bersaiz 10-inci, Saluto dilengkapkan dengan USB port, lampu LED lengkap dan tempat letak barang yang besar di bawah pelana. Ia juga datang dalam banyak warna dan rekabentuk gaya "Vespa" itu pastinya menarik perhatian ramai.

Adakah anda rasa Suzuki Malaysia mahu membawa masuk Saluto bagi menguatkan pasaran model berkapasiti kecil mereka? 

Kongsi pendapat anda agar Suzuki Malaysia tahu!
 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Avenis dinadikan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang dengan sistem penyejukan udara yang…
Berita Global
Mereka yang mempunyai lesen memandu di Jepun juga memang sudah secara automatik dibenarkan untuk…
Berita Domestik
Acara Honda Skuterama Edisi 2 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik termasuklah jualan barangan,…