Suzuki lancar helmet ulang tahun ke-100, hanya 100 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki Motor menyambut ulang tahun mereka yang ke-100 dengan melancarkan produk helmet produksi terhad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggunakan asas daripada helmet Arai RX-7X, helmet khas ini dilayangkan dengan warna perlumbaan MotoGP Suzuki, diikuti dengan perkataan "100th Anniversary" pada bahagian pelindung dagu.

Sementara bahagian belakang pula menampilkan perkataan besar SUZUKI, serta logo GSX-RR.
 

Arai


Suzuki mengehadkan produksi helmet ini kepada 100 unit sahaja, dan 30 unit daripadanya dikhususkan untuk pasaran Jepun, dan terhad kepada saiz M, L dan XL sahaja.

Sekiranya anda kebetulan tinggal di sana, Suzuki Motor mengadakan cabutan secara dalam talian sebelum anda diberikan kebenaran untuk membeli helmet berharga ¥143,000 (RM5,208) ini.

Baki 70 unit lagi akan ditawarkan di peringkat global, namun sehingga artikel ini ditulis tiada sebarang perincian berhubung cara untuk mendapatkan helmet edisi ulang tahun yang ke-100 ini.
 

Arai


Sebagai makluman, Suzuki telah ditubuhkan pada tahun 1909.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dikuasakan nadi enjin dua silinder sebaris, model baharu tersebut bakal diletakkan sebaris dengan…
Telah Diuji
Bayangkan sebuah sedan keluarga yang menggunakan enjin dari jentera perlumbaan Formula 1. Tak…