Ertiga Hybrid didatangkan dengan teknologi hibrid ringan Smart Hybrid yang merangkumi enjin K15B 1.5 liter, sistem pemula generator terintegrasi (ISG) dan bateri lithium ion, di mana ia dapat membantu pergerakan MPV tersebut semasa pecutan, dan menyimpan tenaga ke dalam bateri sewaktu nyahpecutan.
Ditawarkan dalam versi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan, Ertiga Hybrid mampu menghasilkan kuasa setinggi 105 PS dan daya kilas 138 Nm, dibantu dengan ciri tambahan seperti bantuan mula mendaki, kawalan jelajah dan indikasi penukaran gear.
Dari segi luaran, Ertiga Hybrid mendapat rekaan gril baharu dengan aksen krom, rekaan rim aloi baharu, bampar depan sedikit agresif.
Sementara varian Sport pula mendapat rekaan gril yang berbeza, liang kemasukan udara bawah, spoiler bumbung di bahagian belakang, dan penambahan kit badan yang sporti.
Harga jualan Suzuki Ertiga Hybrid bermula dari Rp 270,300,000 (RM80,630) di pasaran Indonesia.